Friday, November 8, 2013

Tahun baru dan consistent


Assalamualaikum.. dan selmat malam err ke pagi?? ehehhe. dah lama x update blog, fuhh.. huhu.

Sekarang dah pukul 4.13 pg.. eh eh.. dah awal pagi upernya. hehe kenapa xtido lagi? well im doing some homework. :)

So its been 1 month and 10 days since i update my blog. lama tuh.. Sejak my last post, i become seorang yang kipas kuat!! haha nmpak x semangat kat situ. Well again alhamdulillah semua makin berjalan lancar. I still move on with my masters study. Alhamdulillah.

So, how's ur month? ehehe mine? oke la.. tapi akhir2 ni asyik hujan je.. kesihatan pom emm uhuk2 je memanjang. So as usual tak tahu nak kongsi ape. *sebab ade cerita yang dah basi* ahahaha.. Sejak belajar ni, there is a thing I learn, Istiqamah. Yes. Kita selalu dengar pasal perkataan ni. Tapi untuk nak melaksanakan amatlah berat. huhu . Same goes with me.

Recently, I baru je habiskan test. Oke this subject really make me feel dizzy. Macam biasa bile nak exam, baru la terhegeh2 nak baca buku yang setebal berger abg burn tu *errr* boleh tapi apa yang peliknya cepat la pulak paham. Padahal before ni buku tu kita pandang sebelah mata je. ahaha.

Tahu tak kenapa? sebab kita dah set dalam kepala nak exam, so kene baca smpai habis xkiralah apa yang berlaku. And paksaan dari dalam hati ni akan buatkan kita terus terusan membaca buku sehinggalah waktu exam. Saat tu, tak terdetikkah dihati kita, apa yang kita lakukan tu sebenarnya permulaan untuk istiqamah?

Ye. Perkara yang dilakukan dengan consistent *dan niat yang baik* adalah istiqamah. Saya terfikir, kenapa setiap pelajar harus fikir test sebagai sesuatu yang boleh dikatakan *disaster*, sebab sepatutnya, kita harus ambil perkara tu sebagai satu jalan permulaan kearah istiqamah. Dengan perbetulkan niat, ilmu kerana allah, insyaallah setiap perkara yang kita lakukan akan diberkati.

The same thing goes to assignment. At first, serious saya amat terbeban dengan assignment dan test. Yela buat ape nak bagi banyak2 ... satu dua cukupla. But, one thing I learn, bila kita buat assignment awal-awal, study awal it really gives you more knowledge than you want@imagine. Tak percaya?? ce try buat.

Mula-mula memang pemalas gile. Tapi, cuba paksa diri for 2 weeks. memang insyaallah itu akan jadi tabiat kita dan kita akan rasa sangat selesa dan automatik kita akan cuba untuk perbaiki diri kita dalam aspek yang berbeza.  Aspek yang dimaksudkan ini adalah dari pelbagai, mungkin jugak dari dalam *keagamaan* seperti solat, sifat kita, siapa tahu kita boleh jadi lebih baik.?

Kalau korang rasa korang tak mampu, takpe, cuba try perlahan-perlahan. *ini sebab saya baru tahu kesilapan saya*. Berubah, sempena awal muharam ni. :)

Salam Awal Muharam. Sama-samalh kita berubah kearah kebaikan. :)

till then,

Tuesday, October 1, 2013

Pilihan atau semangat?


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sudah sebulan, 7 hari, 21 jam dan 52 minit sejak mula menjadi pelajar kembali :) Macam mana proses pembelajaran ? Alhamdulillah.. masih lagi berada di landasan walaupun masih terkejar-kejar. :)

Bila dah masuk course yang berlainan bidang ni, kesusahan dan kepayahan memang lain dan honestly, sangat mencabar. Yelah dari dulu sampai sekarang mana pernah belajar finance and economy. Now, im not only need to learn these subject, but also ADVANCED economy!! Can you imagine it?

Serius .. terasa seperti masa zaman matrikulasi dulu.. zaman air mata berbaldi-baldi *but still i miss my matrix time so much!* Memang sukar. Masa mula-mula masuk memang senior ada yang repeat paper. Takut? HARUSLAH! takut nak survive. Senior jugak ada bagitahu mula-mula masuk 10 orang *for example* tapi at last, time grad hanya 5 orang.. sebab? bukan kene tendang,, tapi dieorang give up.

Hari ni, dah ada coursemate yang quit. Sebab tak tahan. Oke I admit yang master tak sesenang yang disangka. But I also believe, work is not easy too. So tak kisah lah bidang mana atau walau apa pun keputusan kita, kesukaran tetap ada.. cuma berbeza cara.

Memang benar kita mempunyai pilihan untuk menentukan jalan hidup kita. Tapi, tanpa semangat, adakah pilihan kita sesuatu yang benar? Setiap kali kita kehilangan arah, haruskah kita menukar pilihan? Jika ya, sampai bila harus kita lari dari sesuatu dengan menukar pilihan dalam hidup? Ataupun sekiranya terdapat kesulitan dalam pilihan kita, patutkah kita meneruskan pilihan dengan semangat juang yang tinggi *dan juga dengan Kehendak ALLAH*??

Memang sukar sebab sekarang ni dah lari course. But walaupun tough macam mana, I remember my father's word,.. " Sekali kaki kita melangkah ke dalam garisan, pastikan sebelah lagi ditarik bersama. Finished what you have started.". Dan kerana nasihat itu yang telah menjadi pegangan hidup saya .. I will continue this journey. No matter how hard it is.


*sumber: Islam is my path facebook*

Setiap kesenangan pasti ada kesusahan sebelumnya. Setiap kesukaran pasti ada kesenanganya. Bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.

YA ALLAH, ya Tuhanku, Tuhan yang membolak balikkan hatiku, kau teguhkanlah hatiku, kuatkan lah semangatku, permudahkanlah perjalanan hambaMU . Sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui.

Allahumma yassir wal tua'assir. Amin.

Till then,

Sunday, September 15, 2013

Buku Lama, Tajuk baru :)

Assalamualaikum semua...
How are u doin?? Beberapa minggu ni tak dapat nak update as im tooo busy to settle all the things here :) And alhamdulillah, semua berjalan lancar. And dah start pom kelas last monday! yeay!

And u guess what?? memang terlalu berbeza dengan degree.. *faktor program yg berbeza jugak mempengaruhi *. Really.. setakat ni memang agak sukar, but hey, tak kira lah study or kerja, it still hard and give u adventure. Am i right?

Setakat ni yang paling mencabar adalah subjek finance management. Kenapa?? Sebab sepanjang hidup TAK pernah lagi belajar finance  or akaun or seumpama denganya. Hahaha... Oke i really need to extra hardworking like my lecturer said

"Saya pernah mengajar pelajar yang tidak mempunyai basic dalam finance. And yes, they can cope. It is just you need to be more hardworking. Kalau pelajar lain baca sekali, awak kene baca tiga kali. Kalau pelajar lain berlari, awak kene merangkak.. tapi, dengan usaha, awak akan turut akan berlari  bersama pelajar lain" 


                                            
                                                        *this is the book -_-'*


So.. memang sukar for now, tpi insyaallah ALLAH will ease everything. Allahuakhbar. 

Till next post,
Assalamualaikum. :) and bye.


Saturday, August 17, 2013

Langkah Bendul

Assalamualaikum.

Hai .. tajuk kali ni simple tapi perghh padat. Langkah bendul. Kenapa langkah bendul? bukan langkah batu, langkah kayu, langkah meja *besarnya langkah*.. Kenapa? Kenapa??

Jawapanya.. Tanya orang zaman dulu dulu.. hahaha

Oke2 enough merepek merapu. Actually hari ni bila bukak pesbuk.. Mata ni tetibe je bulat, mulut pulak melopong.. boleh bayang tak? macam ni la lebih kurang

                                                   
                                                            *source: google*
Terkejut !! Nora dah bertunang. *Muda dari gue* Itu pasal la tajuk entri ni langkah bendul. Nora dah langkah berbendul-bendul dah ni..

                                             
Walau apepom... Tahniah untuk nora dan wasim. Tunang jugak korang akhirnya. Im happy for you. Err nikah tahun depan kan? elok la dipercepatkan.. tak elok tunang lama lama..

                                
                                   *curik gmbar tanpa kebenaran. maaplah ye*

Semoga korang berbaiklah hendaknya dan kurangkan gaduh2.. berdiri diatas cinta sendiri. *cewaah*

p/s: Kalu langkah bendul, kene bagi hadiah kat akak akak yang tak kawen kan? hehe nak kek secret sebijik boleh?? wakakaka


xoxo,

Wednesday, August 14, 2013

Menyiapkan kerja :)

Assalamualaikum :)

Hari yang tak salji *hehe* tak hujan hari ni . Letih woo.. sambil duduk pom boleh pejam mata. Mana tak letihnya hari ni pergi bank setelkan yuran pergi hypermarkt  beli hadiah utk kawan pengantin baru * sambil beli beg untuk diri sendiri weeehaa*


Ini yang tak best.. dah berkenan pada dua bijik beg! adoii.. terpaksala beli satu je. Yang lagi satu?? masih menyimpan harapan . hehehe. Beg tu warna putih dan design lain woo.. nak tengok? mana boleh nanti korang kebas dulu hahaha. :D

Hari ni bila tengah membelek laptop.. tetiba teringat kat kawan-kawan. bestnya zaman belajar. betullah apa orang cakap, nanti bila masuk alam kerja .. kompem akan merindui zaman belajar. Walaupom diri ni tak lama lagi nak sambung belajar.. tapi pengalaman belajar masa matrik, degree and master tak kan sama rite? Different people, different place, different memories created. :)

Anyway harap segalanya berjalan lancar.. masih menunggu berita utk sesuatu pada esok hari.

YA ALLAH permudahkan dal lancarkanlah perjalanan hambaMU dalam mencari ilmu dan menggapai cita-cita. AMIN.

                                                  
                                                                   *source: google*

Tuesday, August 13, 2013

Comeback album


Assalamualaikum. salam 6 syawal semua.

Ceh.. dahsyat betol tajuk post. Hahaha.. Album kau.. kau hade? Alolola  lalalalalala*merepek merapu lagu raya*

Alhamdulillah... diri ni masih berkesempatan utk bernyawa di bumi NYA. Rasa lama sangat tak update blog. kalau ikutkan last update pada 6 april 2013. Time tu pergi Penang :) :) huhu bila dah lama sangat tak update tetibe rindu plak.  Tengah dop belek belek post lama tetibe terpandang sesuatu. Post pertama sejak berblog.

Tarikh: 10/6/2010!

Haaa?????!!! Maknanya.. dah masuk tiga tahun la ak berblog. hehehe. Adoii tapi postnya xde la sangat. BIzii Biziii *keh3

Okelah.. Semepena Coming Back Post ni *cewahh* Ak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kat uols semua. Maafl segala kekasaran ketamparan, kesepakan dan seumpama denganya. :)


                                         
Hari raya biasalah.. semua makan sedap kan.. air tu toksah cakap la.. macam2 jenis. oren, sirap, orensirap, adoii... Tapi dugaan menimpa masa nak raya. Tetibe boleh kene lelah sehari sebelum raya. :(  Tak pasal pasal kene pergi tempat emergency & kene sedut @ Neubilizer *err betoi ke eja?* Namun setiap perkara pasti ade hikmahnya kan??


Dan ... bukan lah nak meninggi diri atau bermegah. Cuma nak berkongsi dengan semua.haaa ade tiga berita gembira *Sengih2*. Pertama bahawasanya dengan ini  *Alhamdulillah*.. Ak dah tamat ijazah pertama@ sarjana muda Sains Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti kat Universiti Malaysia Terengganu. :) Hip Hip Hoooraaayyy!! Berita ini ak dapat masa 1 Ogos lagi.. *hehehe*. Alhamdulillah. Insyaallah majlis konvokesyen pada bulan Oktober ni. :)

                                          
                                                * UMT cita warisan, I lOVE YOU*

Berita kedua.. haa cuba teka.. pasal perkahwinan! :) eh.. eh.. bukan aku nak kahwin. Tahniah untuk sahabat sahabat ku yang telah melangsungkan perkahwinan dengan buah hati jejaka masing- masing. Tahniah buta Sha & Joe, Huda & Azrul. Semoga kalian berbahagia selalu dan kekal hingga Jannah. Aminn.. Dan semoga persahabatan yang dibina ini kekal sehingga Jannah ye. Jangan lupa kan ku ~~ ;'(

                                   
                                             *amik kau punya besar gambar hahaha*

Oke berita last..hehehe.. bukan bertunang lah! Alhamdulillah .. Permohonan utk menyambung pelajaran ke peringkat master diterima. So Insyaallah officially on 24/8/13 I will continue my study in Plantation Managemet Industry *panjang betoii* kat UITM Shah Alam. :) Alhamdulillah dipermudahkan. Syukur.
So doa doa kan lah ye.. semoga ak dapat belajar dengan hati yang  tenang serta diberkati & dirahmatiNYA. Amin..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf  Zahir Batin
:)


Saturday, April 6, 2013

Selamat melawat penang

Assalamualaikum smua... Hai.. Lamanya xupdate. Sihat x? Huhu akhir-akhir ni memang sibuk... Dengan final year project lagi, kelab, personal life lagi *ewahh*. Haha

So untuk pelajr ipt.. Happy mid sem break. Ehehe. Dan untuk menghbiskan sisa hidup sbg pelajar degree.. Jom berjimba ke penang!!!! Haha..

Actually datang penang ni sbb saje je nk melawat ny housemate sambil berjalan  tengok tempat orang. Dah lama kami plan trip ni and finally we make it. Me, n other 2 friends of mine (biha and dila) joined nad balik penang. First day kat penang kami disambut dengan hujan dannn BANJIRR .  What an experience!! Since xpernh ada experience rumah dimasuki air *walaupun kat kelantan*.. Kami dengan muka excited meredah air and my housemate melawat mangsa banjir hahahs. Kelakar kelakar. Mcm sukarelawan plak. Then bila air dah surut.. Kami bersihkan rumah dengan gigih.

Mak nad pulak gigih memberi kami makan sampai... *pengsan* haha... Lepas siap kemas umah.. Semua pengsan tak sedarkan diri.

Hoho. Ni baeu first day. Ade lagi 2 ari kat sini.. Daaa..
P/s: first time berblog guna hp *jakun* saya budak baru belajar :-P so no signature this time. Maseh belajar.

Xoxo from penang,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...