Saturday, January 29, 2011

Apa akan jadi kalau..(part 1)

Apa akan jadi kalau Semua boleh cop duet??

1. Wah! shopping bukan lagi shopping window. mesti shopping pintu, shopping pagar *ape melalut ni* konmpem setiap minggu hobi berjalan2 menghabiskan duet.

2. Dah tak ada dah peragut perompak, pencuri bersiri. Yelah! dah semua ada duit banyak nak curi buat ape?

3.Semua yang bukak bisnes kat mall ke kat mana2 ke semua jadi kaya *hak3*

4. Banyak kerja kosong di merata-rata tempat sebab semua orang dapat duit secara FREE. :)

5. Dah tak ade dah yang ambik rasuah kat mana pom~

6. Dah tak ada orang miskin kat Malaysia, Asia dan dunia! hihhhhi~

7. Ramai yang obesiti sebab terlalu malas tok bekerja~ *jangan malas2*

8.Punca global warming. Banyak pokok akan pupus sebab banyak kertas digunakan untuk mengecop duit. *waa masok sains da~*

so best x dapat cop duit?? pikir2.. biar panas menggelegak otak tu berfikir okeh! ;)

jumpa lagi!

Thursday, January 20, 2011

Just be yourself!

hai. tadik saya terbaca sesuatu kat post salah seorang kawan saya *best buddy! 0427* yes dear k.ans tau ape maksudnya tu. But just be yourself dear.

Manusia tak perfect. tak akan ada manusia yang dapat memuaskan hati sesama mereka. Sedikit kesalahan mesti ada. wajib! tipulah kalau tak ada. adik beradik , suami isteri pom boleh gaduh apatah lagi kawan or best frens kita sendiri!

tapik setiap kesalahan tu mestilah diperbetulkan supaya menjadi seorang manusia yang better. yes better. Dan kita sebagai kawan mestilah menerima kekurangan dan kelebihan kawan kita dengan sepenuh hati dan rela. Mereka juga seperti kita. TAK PERFECT. so terima orang lain dengan seadanya semoga mereka juga berbuatbegitu.



*best frens 4eva*


Never expect someone else akan ikut cara kita 100%. They have their own thought and ways. Respect each other. Kawan yang sebenar akan memahami kawanya yang lain dan cuba menjaga hati masing2. If your friends feel annoying about you, dont think negative. Cuba fikir kenapa mereka berperasaan begitu. But if they feel annoying because of you being yourself, biarkan..

kita tak kan pernah dapat memuaskan dan pleasure others. Terima your friends seadanya. Jika ada kesilapan kecil, maafkan dye. Kemaafan adalah satu-satunya ubat dan penawar bagi hati ni.
Trust me. Saya dah pernah rasakan ni beberapa tahun yang lepas.

Sakit bila kawan menyakiti kita. But lagi sakit bila kita tak cuba memaafkan dye. Just forgive them.

P/s: 0605, 4973, 0427, 0110, 6996, 0809, 4444, 2302, dan nur aisyah muhamad pengalaman dengan korang semua amat bermakna. never forget all of you. setiap memori akan sentiasa k.ans ingt. Windu semua~

till next,
saya rindu awk
=(

Monday, January 17, 2011

7 syarat wajib untuk lelaki

Pernah tak korang rasa meluat bila tengok budak umor 15 tahun kaple??hish, ke saya je yang rasa cam tu? *pelik ke???* hurm . seyez meluat. dop cover2 haish budak2 ni nak kaple tu pikir la dulu. awak tu muda lagi. hehe* eceh berlagak baik plak* Oke kali ni bukan nak mengutuk sesape yang nak kaple pada usia muda tak de niat pom oke.* lau anda terasa maapkan patik! tak de kaitan ngn entry ;)*

Korang dop kaple kaple ni tahu tak ape die maksudnya?? tak tahu? haa~ lau nak tahu pi cari kat kamus *malas den nak kabo* hihi. dah2 saya xmao melalut. ni saya nak sharekan surat yang saya dapat semalam kat bawah katil *ntah sapa yang pos kat situ* Tertulis kat situ untuk bkl hubby saya *eceh!*

Surat ni lain dari yang lain biasanya korang baca surat dari future wifelah husbandlah,.. tapi kali ini dari KORANG PUNYA BAKAL MAK MERTUA! haha seram x? Surat ni dari mak mertua tok menantu lelaki dye *kiranya my future ehem2 la~~*

Da besar kan? haa~~bacalah sendiri! =)

Assalamualaikum menantuku,

Haaa buat ape dah bangun ke belom?? jangan nak membuta pagi2 ni. dah2 pi mandi dan pi kerja nu. kalau masa ni dot tido lagi apa ko nak bagi anak ak makan?? makan pasir? huh! Kambing pom pucuk paku. *hehe*

Haa ni mak cik nak cakap sikit kalau nak jadi menantu mak cik ada beberapa perkara yang kau mesti patuhi dan ikuti. Syarat ni wajib! lau xmampu tak payah jadi menantu ak

1. Kau kena kerja kuat . bukan maksudnya kau kena kerja 24 jam sampai tak ingat makan minum.kerja tu biarlah smart! bukan study je smart! Kalau kau sakit, dan mati kau nak anak aku jadi janda awal ke? haish..

2. Kau kena kaya. Haa~~ jangan nak tuduh bukan2. Jangan nak mengata aku materialistik. Maksud aku kaya kau kena kaya dengan adab ilmu agama. Dan jangan pulak kaya dengan kaya yang ko makan dengan roti tu *huh*. nanti kena kencing manis!

3. Kau kena stabil. Laa bukan stabil masa berdiri. Ketuk kepala tu kang. Stabil ekonomi la. Ada kereta yang 4 pintu dan tempat tinggal berbumbung. Kereta tu aku taklah demand sangat sampai mercedes, suzuki swift cukup da~

4. Kau jangan nak pegang2 anak aku selagi kau tak kahwin ngn dye. ada baiknya korang cuma berdating di depan rumah aku jer. Senang sikit aku nak teropong tangan kau tu dari bilik atas.

5. Kau jangan nak tengking2 anak aku lau dye lambat nak bersiap jumpa kau. lau kau rasa bosan sngat pi la tolong aku cabut rumput ka, tanam bunga ka, sedap jugak mata aku menengok.

6. Lagi satu tak payahlah kau nak jadik pokok krismas, Terjuntai sana terjuntai sini. Tak lawa pom aku tengok. Macam orang utan kuar bandar adalah *ala2 tarzan gitu* Kalu aku tengok kau pakai subang, aku cucuk tali ikat macam lembu. kalu kau pakai rantai , aku rantaikan ko kat pagar rumah , jadi pak guard rumah ni, save duet aku.

7. kau jangan nak menggatal suruh anak kau pakai baju tak senonoh. Nak dedah sana dedah sini supaya up to date! Kalu aku tengok anak aku pakai mini skirt ke mini shirt ke yang tak cukup kain masa keluar dengan kau, dengan kau sekali aku pakaikan dan letak gambar kau kat facebook. Apa??ingat aku tak reti facebook ke! Aku mak cik moden tau!

Sekiranya kau boleh ikut semua syarat aku, aku akan terima kau jadi menantu aku. Ingat tu. bersiap sedialah kau nak jumpa aku nanti. pergi menuntut ilmu banyak2. jadi ilmu sesat sudah. dahlah aku dah penat menaip. Banyak lagi aku nak buat . Ingat ! aku sentiasa tengok kau. salam.

jangan pandang tepi
,
bkl mak mentua

Haa seram tak?? hish dahsyat tol kan. bakal mak mentua sapa la ni~~
till next
;)

Wednesday, January 12, 2011

Apekah betol ini?

betol ke? apekah... what happen?? oh! blog sy rupanya~~ hehe.. yup! ni memang blog saya . dengan muka baru. biasalah, tahun baru, blog pom pakai baju baru. hihi. oke apa pendapat anda2 semua? cantik? cute? comey? hehe makasih.. *bangga jap* eh, xcantik ke? hodoh ae? xpelah apa saya peduli. ini blog saya. suka hati saya lah! haha

oke hari tak ada benda sangat nak tulis. Cuma terlalu bosan sekarang. Kuliah baru je start so xde banyak sangat keje sekarang ni. bukak muka buku jer keje *facebooklah tu* lama-lama bosan sebab tak tahu dah nak post ape. hihi.

sekarang ni tak tahulah trend ke ape tapi saya nak share sikit. Budaya ada secret code atau nama lainya kod rahsia kat FB agak menjadi2. hihi.. Macam2 lah kod2rahsia yang ada. no pelik2. 2780,2896, 9.6.. perpuluhan pom ada! haha tapik something new la ni. haha.

apepom tak kisah lah saya nak ucap selamat tahun baru walaupom sekarang da tengah bulan 1. apepom still january and masih lagi tahun baru ye x?hak2.

okelah till next time
daa~~
=)

Sunday, January 2, 2011

Hari baru Sem baru!! ;)

Hai.. elow! Selamat tahun baru semua~~. Da masuk 2011 da yeay! Allhamdulillah!.. umo saya dah 22 ..erk! alamak! hehe.. oke2 ape azam tahun baru anda? Nak kaya? Nak dapat dekan? Nak beli itu dan ini.. rite.

Sebelum tu result dah dapat. and my result?? haha .. biasa2 aje. Tak dapat dekan pom. Tengok corsemate yang dapat dekan memang jeles. Tapi Congrats to them! Haa.. saya pnya azam tahun baru.. ape dye ae..

tak tahulah. just saya nak jadi a better person with a better way of life and a better attitude and a better semua lah! So saya nak baiki apa sahaja yang saya rasa saya dah buat salah pada sem lepas. Well experience is the best teacher rite? Lau saya tak buat salah macam mana saya nak belajar.

Kali ni untuk semester ni saya nak buat preparation yang lagi better than last sem. *bunyi cam gempak jer.haha*. Takpelah. Usaha tangga kejayaan rite! Amin.. Memandangkan PTPTN da masuk *yeay!* saya pom beli la beberapa barang yang patot *atau dalam nama lain SHOPPING!* hehe

Berikut barang-barang yang saya beli *atau dalam kata lain habeskan duet*


*beg baru dan file baru. Beg lama udah rosak hehe*


*ape ingat budak2 jer boleh minum vitagen??*

*waa saya suka ini.. comel dan berguna hehe.*


*ini tidak bagus tok kesihatan tapik saya makan jugak sebab sedap. p/s: jgn tiru perangai ini*


*oke saya suka sup ini.best! my feveret!*

*sebab loker kecik sangat! terpaksa guna loker tambahan haha*

Manyak x barang saya !haha. Ya saya suka beli barang *tapik xshuke membazir erk..camne tu ae??* Beli je benda yang patot rite???So Lepas abes beli barang saya pom balik dan menetap lah keseorangan dalam bilik selama sehari. Nasib baik lah hari ni *2/1/2011* my rumate dah balik. So hope this semester is better than before.

c u nxt tyme!
nini-chan a.k.a fiona

Tuesday, December 28, 2010

Surat untuk si 'DIA'

Dear u,

Saya nak tulis ni untuk awak. Saya tahu dah lama saya tak jenguk awak, tak sms awak atau pom telefon awak. Tapi saya nak awak tahu saya selalu rindu awak dan ingat awak. Ingat tak masa kita gelak2 sama-sama. Awak suka usik saya. Sebab tu saya suka usik awak balik. Bila awak nak pergi klinik, saya teman awak. Kalau awak ada masalah, saya dengar. begitu juga dengan saya.

Tapi ada hari tu kita gadoh. Saya sedih. tapik nasib baik kejap je. sebab saya tak boleh dan tak suka gadoh lama-lama. Saya sayang awak. Tiap-tiap hari kita duduk bersama. Sampai semua orang ingat kita ni kaple. Kita pom mengaku kaple kan??? ;)

Hari tu keputusan exam keluar. Kita terpaksa berpisah. Awak pergi jauh. saya sedih. Tapi nak buat macam mana asalkan awak masih sayangkan saya dan ingat saya, saya dah puas hati. Lagipom awak pergi sebab nak kejar cita-cita awak.

Sekarang dah hampir 3tahun kita jauh. Tapi saya syukur kerana hubungan kita masih sama. Saya nak bagitahu saya memang sayang dan akan sentiasa sayang awak. Awak memang tak boleh diganti. Saya rindu awak. mish u ols girls! saya sayang awak kawan!! ukhuwah forever~~

your beloved
nini-chan!( ;-*)

p/s: cinta , kaseh sayng tak semestinya untuk si dia. This letter specially for my girlfriend!! Moga ukhuwah yang kita bina kekal selamanya~~ aminn

Sunday, December 26, 2010

Jangan Bersedih!

Oke entry kali ni lain sikit moodnya. nak kata sedey pom tidak. Nak kata happy sangat pom.. kira alhamdulillah la. Oke first sekali saya nak tanya pernah tak korang rasa keliru? Oke keliru disini membawa maksud berbagai perkara. Tapik yang pasti semua orang pasti pernah rasa keliru nak buat keputusan.

Saya pom pernah jugak rasa begitu. Yup! memang pening dan rasa bingung jugak la. Last2 saya dah buat keputusan. Keputusan kali ni memang di pengaruhi oleh mak ayah saya. Walaupom pada mulanya saya rasa agak sedey tapi bila pikir balik, Tak pe lah. Mungkin berkat Mak ayah saya akan berjaya.

Ramai yang cakap bila kita susah ( tak kisah lah dalam segi kewangan ka or pape pom) baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan. Oke kali ni saya nak share sikit sesetengah kata2 pemberi semangat yang saya dapat ari tu.. ;)

1) Bila dah buat keputusan jangan menoleh ke belakang
2) Apabila kita di beri pilihan, Ingatlah kemungkinan itu adalah cabaran untukmu.
3) Bila sukar , istikharahlah.. selepas itu nekad dan tetapkan pendirianmu
4) Tak semestinya apa yang kita mahukan adalah yang terbaik untuk kita.
5) Sentiasa mendekati Allah, mudah-mudahan kita beroleh kejayaan.

Oke sudah2 la cerita pasal saya. Sekarang ni saya nak share sikit. Oke. pernah dengar tak tajuk buku 'La Tahzan'?? La tahzan ni maksudnya jangan bersedih. Macam2 tips boley dapat aw. Baca jer sinopsis kat belakang pom da cukup buat saya tertarik.

Antara ayat yang paling saya suka ialah " Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih". satu ayat ni memang cukup buat sya rasa tertanya2 macam mana nak jadi orang yang begitu optimis dalam hidup.



Dulu buku ni tebal tapik sekarang penulisnya dah cetak dalam bentuk berjilid iaitu jilid 1,2 dan 3 untuk memudahkan buku ni di bawa. Harganya tak adelh mahal. Hanya RM9.80 je. Kalau boleh shopping sampai beratus tak kan lah yang ni xboleh beli kan? ;)

Oke nanti bila saya dah baca saya akan share lagi oke!!
p/s: sya harap ini yang terbaik...

till then, bye! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...