Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 :)


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434 :)

Huhu sehat? sorry lama tak update *perasan hot*. sibuklah *yela kan* hehe. eh3.. jap. jap nak tanya ni. Ade perasan pape tak? haaa?? TAK??

:(:( sobs *sedih *

laaa ni dah update siap dengan header and background baru lagi. hehe. What do you think? nice? not? Anyway header tu handmade by me and Picasa. :P.

Header baru sudah disiapkan. Background baru pom sudah ditukar. Bagaimana dengan azam baru? Tahun (1433h) sudah berlalu meninggalkan kita. Macam mana dengan azam ? bukan Encik Azam ye.. ni azam baru setiap kali masuk tahun baru. Tertunaikah azam kita? Atau azam tu kita kene transfer ke tahun ini? *hehe macam transfer duit pulak*.

Jika diperhatikan setiap kali tahun baru masihi (bulan 12) mesti disambut dengan meriah. Macam-macam bunga api dilepaskan.

DEBAM!!!  DEBOM!!!  DEBAM!!!  DEBOM!!!

Tapi bila tiba tahun Hijrah, apa yang berlaku? Semua orang bercuti dan berjalan-jalan. Bukan bermaksud nak menyambut dengan bunga api. Tapi ada tak dikalangan kita menyambut Maal Hijrah dengan bacaan-bacaan Al-Quraanul Karim? Selawat? Zikir? Jika ada, Alhamdulillah

Setiap tahun kita sentiasa mendoakan agar tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Namun, peringatan  sesama kita  ye, perkara tersebut tak akan berlaku sekiranya kita tidak berusaha ke arah itu.

Allah Maha Besar. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Mengetahui.

Sama-samalah kita berusaha menjadi hambaNYA yang lebih baik, lebih beriman dan bertaqwa kepadaNYA

Hidup ini singkat. Bila-bila pun kita boleh dijemputNYA. Tidak kira tua atau muda. Jom kita bersama-sama mengejar CINTANYA.

p/s: Ini semua peringatan. Sama-sama kita saling mengingatkan. :) Salam Maal Hijrah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...