Assalamualaikum.
Sudah lama rasanya tak berblog kat sini. Pelbagai perkara, kisah, suka duka berlaku. Tapi yang paling terkesan disini adalah kes MH370.
Setelah 17 hari, perdana menteri mengumumkan pencarian berakhir di lautan hindi. Allahuakhbar.
Terkejut. sedih. sebak. Kita sebagai rakyat malaysia berasa sangat sedih sebak dan terkejut. Bayangkan bagaimana penerimaan ahli keluarga anak kapal dan penumpang.. apa yang mereka rasa??? Tak dapat dibayangkan.
Sejak semalam dah hari sebelumnya, pelbagai spekulasi dikeluarkan.. ada yang menghentam kapten zaharie, ada yang menghentam co-pilot. Astaghfirullah. Sekarang kita tahu kapal terbang terhempas and none of them survived. Diharapkan semua sedekahkanlah al-fatihah.. cukuplah berspekulasi. cukuplah berimaginasi. cukuplah menuduh. Hormatilah hati dan perasaan ahli keluarga.
Sebagai rakyat Malaysia dan juga manusia yang mempunyai perasaan dan agama, marilah kita sama-sama mendoakan roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di alam sana.
Di saat menerima perkhabaran kehilanganmu,
hati terasa terbelah,
jiwa merasa berat,
ku pohonkan doa,
semoga dirimu selamat.
Namun,
Tuhan lebih menyayangimu..
lebih mengasihimu,
lebih merinduimu,
memangilmu terlebih dahulu
Di saat,
khabar sedih ku terima,
aku pasrah,
tanpa kubur, tanpa tanda,
aku redha ya tuhan,
Doaku,
dimana sahaja kau berada,
kau tetap dihatiku,
kau tetap di dalam doaku,
kau tetap di dalam ingatanku.
Harapku,
semoga dikau berada disisiNYA
semoga berada di tempat yang mulia
Semoga kau tenang di sana,
Ku kirimkan doa,
sebagai tanda sayang dan kasihku kepadamu.
Al fatihah buat mereka. Amin..
Tuesday, March 25, 2014
Monday, February 10, 2014
Tahun 2014, Tahun Baru
Assalamualaikum. ahahaaha lama dah tak update. busy lah katakan
anyway ni short je .. Happy New Year to U olls.. semoga tahun ni lebih baik * Harap tak terlambatlah ye*
For this year ada beberapa perkara yang dah dilistkan as a wishlist untuk tahun ini.
1) Get myself an ipad
2)Finished my study within this year
3) Study and work by this july or lepas raya
4) Give my parents house (buy house)
5) Get myself an iphone
6 Get myself a cute camera (before this i wish for DSLR) ahaha
Sekarang alhamdulillah i get my own ipad.. yeah yeah . ahaha
Oh ye i wish i can be a good bussinesswoman. korang t jenguk jenguk lah page and facebook ni ye
twitter: anisgarage89
So nanti kita cerita panjang ye...
till then
Subscribe to:
Posts (Atom)