Tuesday, March 25, 2014

Takziah buat ahli keluarga MH370

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya tak berblog kat sini. Pelbagai perkara, kisah, suka duka berlaku. Tapi yang paling terkesan disini adalah kes MH370.

Setelah 17 hari, perdana menteri mengumumkan pencarian berakhir di lautan hindi. Allahuakhbar.

Terkejut. sedih. sebak. Kita sebagai rakyat malaysia berasa sangat sedih sebak dan terkejut. Bayangkan bagaimana penerimaan ahli keluarga anak kapal dan penumpang.. apa yang mereka rasa??? Tak dapat dibayangkan.

Sejak semalam dah hari sebelumnya, pelbagai spekulasi dikeluarkan.. ada yang menghentam kapten zaharie, ada yang menghentam co-pilot. Astaghfirullah. Sekarang kita tahu kapal terbang terhempas and none of them survived. Diharapkan semua sedekahkanlah al-fatihah.. cukuplah berspekulasi. cukuplah berimaginasi. cukuplah menuduh. Hormatilah hati dan perasaan ahli keluarga.

Sebagai rakyat Malaysia dan juga manusia yang mempunyai perasaan dan agama, marilah kita sama-sama mendoakan roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di alam sana.

Di saat menerima perkhabaran kehilanganmu,
hati terasa terbelah,
jiwa merasa berat,
ku pohonkan doa,
semoga dirimu selamat.

Namun,
Tuhan lebih menyayangimu..
lebih mengasihimu,
lebih merinduimu,
memangilmu terlebih dahulu

Di saat,
khabar sedih ku terima,
aku pasrah,
tanpa kubur, tanpa tanda,
aku redha ya tuhan,

Doaku,
dimana sahaja kau berada,
kau tetap dihatiku,
kau tetap di dalam doaku,
kau tetap di dalam ingatanku.

Harapku,
semoga dikau berada disisiNYA
semoga berada di tempat yang mulia
Semoga kau tenang di sana,
Ku kirimkan doa,
sebagai tanda sayang dan kasihku kepadamu.


Al fatihah buat mereka. Amin..


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...