Tuesday, August 13, 2013
Comeback album
Assalamualaikum. salam 6 syawal semua.
Ceh.. dahsyat betol tajuk post. Hahaha.. Album kau.. kau hade? Alolola lalalalalala*merepek merapu lagu raya*
Alhamdulillah... diri ni masih berkesempatan utk bernyawa di bumi NYA. Rasa lama sangat tak update blog. kalau ikutkan last update pada 6 april 2013. Time tu pergi Penang :) :) huhu bila dah lama sangat tak update tetibe rindu plak. Tengah dop belek belek post lama tetibe terpandang sesuatu. Post pertama sejak berblog.
Tarikh: 10/6/2010!
Haaa?????!!! Maknanya.. dah masuk tiga tahun la ak berblog. hehehe. Adoii tapi postnya xde la sangat. BIzii Biziii *keh3
Okelah.. Semepena Coming Back Post ni *cewahh* Ak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kat uols semua. Maafl segala kekasaran ketamparan, kesepakan dan seumpama denganya. :)
Hari raya biasalah.. semua makan sedap kan.. air tu toksah cakap la.. macam2 jenis. oren, sirap, orensirap, adoii... Tapi dugaan menimpa masa nak raya. Tetibe boleh kene lelah sehari sebelum raya. :( Tak pasal pasal kene pergi tempat emergency & kene sedut @ Neubilizer *err betoi ke eja?* Namun setiap perkara pasti ade hikmahnya kan??
Dan ... bukan lah nak meninggi diri atau bermegah. Cuma nak berkongsi dengan semua.haaa ade tiga berita gembira *Sengih2*. Pertama bahawasanya dengan ini *Alhamdulillah*.. Ak dah tamat ijazah pertama@ sarjana muda Sains Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti kat Universiti Malaysia Terengganu. :) Hip Hip Hoooraaayyy!! Berita ini ak dapat masa 1 Ogos lagi.. *hehehe*. Alhamdulillah. Insyaallah majlis konvokesyen pada bulan Oktober ni. :)
* UMT cita warisan, I lOVE YOU*
Berita kedua.. haa cuba teka.. pasal perkahwinan! :) eh.. eh.. bukan aku nak kahwin. Tahniah untuk sahabat sahabat ku yang telah melangsungkan perkahwinan dengan buah hati jejaka masing- masing. Tahniah buta Sha & Joe, Huda & Azrul. Semoga kalian berbahagia selalu dan kekal hingga Jannah. Aminn.. Dan semoga persahabatan yang dibina ini kekal sehingga Jannah ye. Jangan lupa kan ku ~~ ;'(
*amik kau punya besar gambar hahaha*
Oke berita last..hehehe.. bukan bertunang lah! Alhamdulillah .. Permohonan utk menyambung pelajaran ke peringkat master diterima. So Insyaallah officially on 24/8/13 I will continue my study in Plantation Managemet Industry *panjang betoii* kat UITM Shah Alam. :) Alhamdulillah dipermudahkan. Syukur.
So doa doa kan lah ye.. semoga ak dapat belajar dengan hati yang tenang serta diberkati & dirahmatiNYA. Amin..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment