Tuesday, October 1, 2013

Pilihan atau semangat?


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sudah sebulan, 7 hari, 21 jam dan 52 minit sejak mula menjadi pelajar kembali :) Macam mana proses pembelajaran ? Alhamdulillah.. masih lagi berada di landasan walaupun masih terkejar-kejar. :)

Bila dah masuk course yang berlainan bidang ni, kesusahan dan kepayahan memang lain dan honestly, sangat mencabar. Yelah dari dulu sampai sekarang mana pernah belajar finance and economy. Now, im not only need to learn these subject, but also ADVANCED economy!! Can you imagine it?

Serius .. terasa seperti masa zaman matrikulasi dulu.. zaman air mata berbaldi-baldi *but still i miss my matrix time so much!* Memang sukar. Masa mula-mula masuk memang senior ada yang repeat paper. Takut? HARUSLAH! takut nak survive. Senior jugak ada bagitahu mula-mula masuk 10 orang *for example* tapi at last, time grad hanya 5 orang.. sebab? bukan kene tendang,, tapi dieorang give up.

Hari ni, dah ada coursemate yang quit. Sebab tak tahan. Oke I admit yang master tak sesenang yang disangka. But I also believe, work is not easy too. So tak kisah lah bidang mana atau walau apa pun keputusan kita, kesukaran tetap ada.. cuma berbeza cara.

Memang benar kita mempunyai pilihan untuk menentukan jalan hidup kita. Tapi, tanpa semangat, adakah pilihan kita sesuatu yang benar? Setiap kali kita kehilangan arah, haruskah kita menukar pilihan? Jika ya, sampai bila harus kita lari dari sesuatu dengan menukar pilihan dalam hidup? Ataupun sekiranya terdapat kesulitan dalam pilihan kita, patutkah kita meneruskan pilihan dengan semangat juang yang tinggi *dan juga dengan Kehendak ALLAH*??

Memang sukar sebab sekarang ni dah lari course. But walaupun tough macam mana, I remember my father's word,.. " Sekali kaki kita melangkah ke dalam garisan, pastikan sebelah lagi ditarik bersama. Finished what you have started.". Dan kerana nasihat itu yang telah menjadi pegangan hidup saya .. I will continue this journey. No matter how hard it is.


*sumber: Islam is my path facebook*

Setiap kesenangan pasti ada kesusahan sebelumnya. Setiap kesukaran pasti ada kesenanganya. Bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.

YA ALLAH, ya Tuhanku, Tuhan yang membolak balikkan hatiku, kau teguhkanlah hatiku, kuatkan lah semangatku, permudahkanlah perjalanan hambaMU . Sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui.

Allahumma yassir wal tua'assir. Amin.

Till then,

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...