Saturday, May 28, 2011

Bir arab@ Barbican HARAM!!!

Hari ni masa baca metro, terkejut SCI bila tengok tajuk Bir halal jadi haram. Mula-mula SCI tak tahulah air ape tu? bila diselidik rupanya air bir halal ni *sekarang dah ex-halal* ni bir arab tau sesetengah orang panggil Barbican.

Nah tengok ni lau korang rasa tak kenal macam mana rupanya.


sumber : en.google

Ni pulak gambar tuk korang perhatikan betol-betol.


sumber: en google


sumber: en.google jugak

Mengikut apa yang SCI baca, air tu mengandungi 0.5% alkohol , iaitu melebihi alkohol yang dibenarkan oleh syariat islam yang mana hanya 0.01% dalam makanan atau minuman . Menurutnya 0.01% akohol tu akan terjadi dengan sendirinya dan jika lebih memang tak halal lah. *ini ikut apa yang SCI paham lah*

Baru SCI ingat pernah gak tengok kawan-kawan SCI minum air tu. Boleh beli dekat kedai makan lagi. Ish2.. nape la jadi macam ni. Sesuka hati jer nak jual benda tu. Nak salahkan pengguna pum tak boleh sebab dieorang dengar si jual kata halal. Nak salahkan si jual pulak, mesti yang pembekal bagitahu halal. Betol tak??

Makanan halal haram ni sekarang memang susah nak dipastikan betol-betol. Ada tu barang punyalah cop halal tapi sebenarnya haram. Macam mana nak jaga makan minum betol-betol.
So kalau ada sape-sape yang nampak botol ni, janganlah minum yer.

Untuk kebaikan sendiri. Yang dah pernah minum tak apelah nak buat macam mana.. tak tahu waktu tu, sekarang dah tahu masing-masing jaga ye.


P/s: setitik arak bersamaan 40 hari amalan tidak diterima kecuali bertaubat nasuha.

berjaga-jaga,sentiasa ingat mengingati,
fionanis :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...