Hai ..Waaaaa cepatnya masa berlalu, dan nak start dah LI. *tak habis merasa cuti*. finally and at last sampai jugak kiteorang kat sini. Nak sampai sini tu macam2 cerita ada. Oh ya! datang sini dengan kawan*secourse* and drive sendiri sebab family xdapat nak hantar. Sadis tak?? :(
Okelah, nak dijadikan cerita, pagi ahad tu kami berazam dan bertekad na bertolak waktu pagi *konon, pagi la sangat*. Tapi, dah la terlambat bangun*sebab malam sebelum tu baru berkemas* lepas tu banyak pulak pit stop.
Pagi tu susun barang dan masukkan dalam kereta. Tahu tak? Barang untuk dua orang, penuh belakang dan bonet *ekekeke* banyak nak mati! Lepas tu bermulalah perjalanan kami *ececeh!*. Mula-mulanya perg la umah kawan dekat Losong ni sebab nak hantar motor. Sampai kat sana duduk-duduk jap, borak, tak tahu la pulak mak dia masak dah untuk tengahari. kami pun terkesima! *eceh! padahal suka je makan free* hahaha.. Selepas makan free segala bagai, kami pun memulakan perjalanan pergi Rantau Abang.
Sampai je dekat bandar Kuala Terengganu, tetibe *kring`kring* kawan kol. Dia dah sampai kat Rantau Abang. Kami dapat berita, barang dapur kat sana rosak. Periuk berlubang, kuali berkarat! Weyh! budak dulu makan nasi ke makan ape ha? adui.. terpaksalah kami patah balik untuk amik segala jenis barang. Yela nak beli membazir kot.. Lepas patah balik, amik barang.. bertolak la *lagi sekali* ke Rantau Abang. Mengantuk woo bawak kete. Dah la penat, nak suruh kawan bawak pom kesian.. dia lagi penat *sebab baru sampai dari Pahang *
Sesudah menahan mata selama 1jam setengah, sampai la kami kat TUMEC! hahaha. AKHIRNYA!
*Ini galeri, kat blkg ada kuarters. situlah kami tinggal!*opps
Sumber:mr.google
Makanya berkemaslah kami pada petang itu. Malam kuar pergi bandar Dungun, beli keperluan sikit dan sambung kemas dapor malam tu! *penat @_@*
well First day is nothing, duduk2 sembang, buat perancangn aktiviti apa nak buat sepanjang 8minggu Li. eh, Lupa nak gitau.. hehehe 2-4 ni pergi PULAU REDANG!!!! hahaha bestnya... xsabar2. Tapi hari first pon dah dapat assignmengt woo..~ dugong and whale! hehehe
p/s: update dalam waktu kerja! hehehe.. ngah tunggu kol 9pg ni. ada lecture daeri ketua pusat!
love,xoxo
haii. seronok baca post ni. sy baru dapat tawaran li di tumec. biasenye lps daftar masuk tu buat ape ye?
ReplyDeletesalam, sy dlm perancangan nk LI kat situ, boleh bagi contact num x utk saya bertanyakan lebih lanjut. terima kasih.
ReplyDelete- fatin, dungun