Tuesday, March 25, 2014

Takziah buat ahli keluarga MH370

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya tak berblog kat sini. Pelbagai perkara, kisah, suka duka berlaku. Tapi yang paling terkesan disini adalah kes MH370.

Setelah 17 hari, perdana menteri mengumumkan pencarian berakhir di lautan hindi. Allahuakhbar.

Terkejut. sedih. sebak. Kita sebagai rakyat malaysia berasa sangat sedih sebak dan terkejut. Bayangkan bagaimana penerimaan ahli keluarga anak kapal dan penumpang.. apa yang mereka rasa??? Tak dapat dibayangkan.

Sejak semalam dah hari sebelumnya, pelbagai spekulasi dikeluarkan.. ada yang menghentam kapten zaharie, ada yang menghentam co-pilot. Astaghfirullah. Sekarang kita tahu kapal terbang terhempas and none of them survived. Diharapkan semua sedekahkanlah al-fatihah.. cukuplah berspekulasi. cukuplah berimaginasi. cukuplah menuduh. Hormatilah hati dan perasaan ahli keluarga.

Sebagai rakyat Malaysia dan juga manusia yang mempunyai perasaan dan agama, marilah kita sama-sama mendoakan roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di alam sana.

Di saat menerima perkhabaran kehilanganmu,
hati terasa terbelah,
jiwa merasa berat,
ku pohonkan doa,
semoga dirimu selamat.

Namun,
Tuhan lebih menyayangimu..
lebih mengasihimu,
lebih merinduimu,
memangilmu terlebih dahulu

Di saat,
khabar sedih ku terima,
aku pasrah,
tanpa kubur, tanpa tanda,
aku redha ya tuhan,

Doaku,
dimana sahaja kau berada,
kau tetap dihatiku,
kau tetap di dalam doaku,
kau tetap di dalam ingatanku.

Harapku,
semoga dikau berada disisiNYA
semoga berada di tempat yang mulia
Semoga kau tenang di sana,
Ku kirimkan doa,
sebagai tanda sayang dan kasihku kepadamu.


Al fatihah buat mereka. Amin..


Monday, February 10, 2014

Tahun 2014, Tahun Baru

Assalamualaikum. ahahaaha lama dah tak update. busy lah katakan

anyway ni short je .. Happy New Year to U olls.. semoga tahun ni lebih baik * Harap tak terlambatlah ye*

For this year ada beberapa perkara yang dah dilistkan as a wishlist untuk tahun ini.

1) Get myself an ipad
2)Finished my study within this year
3) Study and work by this july or lepas raya
4) Give my parents house (buy house)
5) Get myself an iphone
6 Get myself a cute camera (before this i wish for DSLR) ahaha

Sekarang alhamdulillah i get my own ipad.. yeah yeah . ahaha
 Oh ye i wish i can be a good bussinesswoman. korang t jenguk jenguk lah page and facebook ni ye

twitter: anisgarage89

So nanti kita cerita panjang ye...

till then

Saturday, November 16, 2013

Perubahan :)

Assalamualaikum. Hehe. hope everyone is in good condition

Terkejut tak? ahaks. hehe yes I changed my blog's name once again. Dah bermacam-macam nama dah guna. Mula-mula Journey of life lah, kisah lah lepas tu fionanis lah, pastu apa tah.. and last jejari. Ehehe.. Sekarang Gadis Kopi

Why GadisKopi??

Okeyh, blog ni memang describe myself. So dari dulu lagi tertanya-tanya nama ape yang sesuai menggambarkan myself. Then nak tahu tak macam mana dapat nama ni?? nak tahu tak? nak tahu tak?

Haa okeyh, ini ceritanya ... Once upon a time. *eceh!* hahaha. I really like coffee. Even dulu kat umah sewa memang aku n my housemate sorang ni sukaaaa sangat coffee. Black coffee (kopi o kata org melayu), Mocha, white coffee and many lagilah! Haa coffee ni tetap berkafein kan.. so i need to reduce uptake of caffein. So kalau mmg nak sangat dan nak stay sebab tak nak tidur, i love coffee yang ada pahit-pahit sikit. Its keep my eyes open!

So, tadi tengah dop kacau air dalam mug.. tetibe terpikir lama dah tak update blog kan.. lepas tu terpikir, why not i change my blog's name into GadisKopi?? ahaha simple kan!

*google*

Bertahun tahun cari nama yang sesuai, tiba-tiba dapat je dalam sekelip mata. Bak kata orang when its time, its right.* yeke?* ahaha

Till then,

Friday, November 8, 2013

Tahun baru dan consistent


Assalamualaikum.. dan selmat malam err ke pagi?? ehehhe. dah lama x update blog, fuhh.. huhu.

Sekarang dah pukul 4.13 pg.. eh eh.. dah awal pagi upernya. hehe kenapa xtido lagi? well im doing some homework. :)

So its been 1 month and 10 days since i update my blog. lama tuh.. Sejak my last post, i become seorang yang kipas kuat!! haha nmpak x semangat kat situ. Well again alhamdulillah semua makin berjalan lancar. I still move on with my masters study. Alhamdulillah.

So, how's ur month? ehehe mine? oke la.. tapi akhir2 ni asyik hujan je.. kesihatan pom emm uhuk2 je memanjang. So as usual tak tahu nak kongsi ape. *sebab ade cerita yang dah basi* ahahaha.. Sejak belajar ni, there is a thing I learn, Istiqamah. Yes. Kita selalu dengar pasal perkataan ni. Tapi untuk nak melaksanakan amatlah berat. huhu . Same goes with me.

Recently, I baru je habiskan test. Oke this subject really make me feel dizzy. Macam biasa bile nak exam, baru la terhegeh2 nak baca buku yang setebal berger abg burn tu *errr* boleh tapi apa yang peliknya cepat la pulak paham. Padahal before ni buku tu kita pandang sebelah mata je. ahaha.

Tahu tak kenapa? sebab kita dah set dalam kepala nak exam, so kene baca smpai habis xkiralah apa yang berlaku. And paksaan dari dalam hati ni akan buatkan kita terus terusan membaca buku sehinggalah waktu exam. Saat tu, tak terdetikkah dihati kita, apa yang kita lakukan tu sebenarnya permulaan untuk istiqamah?

Ye. Perkara yang dilakukan dengan consistent *dan niat yang baik* adalah istiqamah. Saya terfikir, kenapa setiap pelajar harus fikir test sebagai sesuatu yang boleh dikatakan *disaster*, sebab sepatutnya, kita harus ambil perkara tu sebagai satu jalan permulaan kearah istiqamah. Dengan perbetulkan niat, ilmu kerana allah, insyaallah setiap perkara yang kita lakukan akan diberkati.

The same thing goes to assignment. At first, serious saya amat terbeban dengan assignment dan test. Yela buat ape nak bagi banyak2 ... satu dua cukupla. But, one thing I learn, bila kita buat assignment awal-awal, study awal it really gives you more knowledge than you want@imagine. Tak percaya?? ce try buat.

Mula-mula memang pemalas gile. Tapi, cuba paksa diri for 2 weeks. memang insyaallah itu akan jadi tabiat kita dan kita akan rasa sangat selesa dan automatik kita akan cuba untuk perbaiki diri kita dalam aspek yang berbeza.  Aspek yang dimaksudkan ini adalah dari pelbagai, mungkin jugak dari dalam *keagamaan* seperti solat, sifat kita, siapa tahu kita boleh jadi lebih baik.?

Kalau korang rasa korang tak mampu, takpe, cuba try perlahan-perlahan. *ini sebab saya baru tahu kesilapan saya*. Berubah, sempena awal muharam ni. :)

Salam Awal Muharam. Sama-samalh kita berubah kearah kebaikan. :)

till then,

Tuesday, October 1, 2013

Pilihan atau semangat?


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sudah sebulan, 7 hari, 21 jam dan 52 minit sejak mula menjadi pelajar kembali :) Macam mana proses pembelajaran ? Alhamdulillah.. masih lagi berada di landasan walaupun masih terkejar-kejar. :)

Bila dah masuk course yang berlainan bidang ni, kesusahan dan kepayahan memang lain dan honestly, sangat mencabar. Yelah dari dulu sampai sekarang mana pernah belajar finance and economy. Now, im not only need to learn these subject, but also ADVANCED economy!! Can you imagine it?

Serius .. terasa seperti masa zaman matrikulasi dulu.. zaman air mata berbaldi-baldi *but still i miss my matrix time so much!* Memang sukar. Masa mula-mula masuk memang senior ada yang repeat paper. Takut? HARUSLAH! takut nak survive. Senior jugak ada bagitahu mula-mula masuk 10 orang *for example* tapi at last, time grad hanya 5 orang.. sebab? bukan kene tendang,, tapi dieorang give up.

Hari ni, dah ada coursemate yang quit. Sebab tak tahan. Oke I admit yang master tak sesenang yang disangka. But I also believe, work is not easy too. So tak kisah lah bidang mana atau walau apa pun keputusan kita, kesukaran tetap ada.. cuma berbeza cara.

Memang benar kita mempunyai pilihan untuk menentukan jalan hidup kita. Tapi, tanpa semangat, adakah pilihan kita sesuatu yang benar? Setiap kali kita kehilangan arah, haruskah kita menukar pilihan? Jika ya, sampai bila harus kita lari dari sesuatu dengan menukar pilihan dalam hidup? Ataupun sekiranya terdapat kesulitan dalam pilihan kita, patutkah kita meneruskan pilihan dengan semangat juang yang tinggi *dan juga dengan Kehendak ALLAH*??

Memang sukar sebab sekarang ni dah lari course. But walaupun tough macam mana, I remember my father's word,.. " Sekali kaki kita melangkah ke dalam garisan, pastikan sebelah lagi ditarik bersama. Finished what you have started.". Dan kerana nasihat itu yang telah menjadi pegangan hidup saya .. I will continue this journey. No matter how hard it is.


*sumber: Islam is my path facebook*

Setiap kesenangan pasti ada kesusahan sebelumnya. Setiap kesukaran pasti ada kesenanganya. Bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.

YA ALLAH, ya Tuhanku, Tuhan yang membolak balikkan hatiku, kau teguhkanlah hatiku, kuatkan lah semangatku, permudahkanlah perjalanan hambaMU . Sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui.

Allahumma yassir wal tua'assir. Amin.

Till then,

Sunday, September 15, 2013

Buku Lama, Tajuk baru :)

Assalamualaikum semua...
How are u doin?? Beberapa minggu ni tak dapat nak update as im tooo busy to settle all the things here :) And alhamdulillah, semua berjalan lancar. And dah start pom kelas last monday! yeay!

And u guess what?? memang terlalu berbeza dengan degree.. *faktor program yg berbeza jugak mempengaruhi *. Really.. setakat ni memang agak sukar, but hey, tak kira lah study or kerja, it still hard and give u adventure. Am i right?

Setakat ni yang paling mencabar adalah subjek finance management. Kenapa?? Sebab sepanjang hidup TAK pernah lagi belajar finance  or akaun or seumpama denganya. Hahaha... Oke i really need to extra hardworking like my lecturer said

"Saya pernah mengajar pelajar yang tidak mempunyai basic dalam finance. And yes, they can cope. It is just you need to be more hardworking. Kalau pelajar lain baca sekali, awak kene baca tiga kali. Kalau pelajar lain berlari, awak kene merangkak.. tapi, dengan usaha, awak akan turut akan berlari  bersama pelajar lain" 


                                            
                                                        *this is the book -_-'*


So.. memang sukar for now, tpi insyaallah ALLAH will ease everything. Allahuakhbar. 

Till next post,
Assalamualaikum. :) and bye.


Saturday, August 17, 2013

Langkah Bendul

Assalamualaikum.

Hai .. tajuk kali ni simple tapi perghh padat. Langkah bendul. Kenapa langkah bendul? bukan langkah batu, langkah kayu, langkah meja *besarnya langkah*.. Kenapa? Kenapa??

Jawapanya.. Tanya orang zaman dulu dulu.. hahaha

Oke2 enough merepek merapu. Actually hari ni bila bukak pesbuk.. Mata ni tetibe je bulat, mulut pulak melopong.. boleh bayang tak? macam ni la lebih kurang

                                                   
                                                            *source: google*
Terkejut !! Nora dah bertunang. *Muda dari gue* Itu pasal la tajuk entri ni langkah bendul. Nora dah langkah berbendul-bendul dah ni..

                                             
Walau apepom... Tahniah untuk nora dan wasim. Tunang jugak korang akhirnya. Im happy for you. Err nikah tahun depan kan? elok la dipercepatkan.. tak elok tunang lama lama..

                                
                                   *curik gmbar tanpa kebenaran. maaplah ye*

Semoga korang berbaiklah hendaknya dan kurangkan gaduh2.. berdiri diatas cinta sendiri. *cewaah*

p/s: Kalu langkah bendul, kene bagi hadiah kat akak akak yang tak kawen kan? hehe nak kek secret sebijik boleh?? wakakaka


xoxo,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...