Monday, December 31, 2012

Its 2013!

Assalamualaikum~~ hai

its been a long time since I update this blog kan. well I'm sooooo busy right now with FYP~  Sampai update tahun baru!!! hahaha
Apepun rasa macam cepat sangat tahun ni bermula dan berlalu~ kan3?

Rasa macam baru je start sem 4. tup tup dah semester 5~ nak masuk semester 6 u olss. tahu tak apa maksudnya tu?? maksudnya tak lama lagi nak GRAD!!! hahaha

tapi sebelum berangan nak grad~ kene berangan macam mana nak selesaikan FYP =_='

Sooo~~  memory in 2012? terlalu bnyak. macam2 perkara~ baik buruk perkara  macam-macam dah dilalui.
Friendship, study, love, family... boleh kat semualah. Review sedikit * just for my own special memory~*

1) Alhamdulillah result sem 4 meningkat (harap-harap berterusan)
2) Family semua sihat2 dan makin maju nampaknya~ hehe (Semoga dimurahkan rezeki tahun ini)
3) Bercita-cita nak kerja part time.. tapik tak jadi. penat.penat.penat.
4) Dugaan terbesar dalam hidup. Sangat mencabar pemikiran, hati,  jiwa dan perasaan *ceh!*
5) Dapat tajuk FYP yang tak disangka2!! alahai
6) Dah 4 kali fail do the experiment. Kesian .Kesian. Kesian ( Semoga dipermudahkan urusan)
7) last sekali before I end my new year, He give me a message that we had been together for 136,123,200 SECONDS~ Alhamdulillah.*the sweetest memory* ( Ya Allah semoga jodoh kami berpanjangan)

So dalam pahit ada manis, dalam duka ada suka. Semua ni kita simpan. Yang buruk jadikan pengajaran dan tauladan. Human is not perfect. Jadi sama-samalah kita berusaha menjadi hambaNYA yang bertaqwa

" Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, Berikanlah kesihatan, dan kebahagiaan  kepada mereka yang ku kasihi dan sayangi. Kau murahkanlah rezeki kami, bukakanlah pintu kejayaan kepada kami. Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami dalam melakukan pekerjaan dan mencapai matlamat kami. Ya Allah jadikanlah  tahun ini tahun yang lebih baik buat kami. Hanya kepadaMU memohon"




xoxo hape new year,

Friday, November 16, 2012

in shaa ALLAH


Assalamualaikum.

Just nak share.




In shaa ALLAH,

My new baby


Assalamualaikum.....

haii selamat tengah malam. or should I say morninggggg (sebab now dah 2.39 am)???

Benda yang nak di post ni bukan lah nak menunjuk

Benda yang nak di post ni bukan menarik pun

Benda yang nak di post ni bukan la kelakar pun.

Walaupom korang akan kata  ' ????? what the ???'

tetap jugak nak post

-
-
-
-
--
-
-
-
-

hehehe.. Yup Shopaholic & baby. Tak tahu lah buku ni dah lama ke baru. Yang penting rasa excited nak baca :)

ok itu sahaja. bye2.

excited,

Thursday, November 15, 2012

Bila tak boleh..

Assalamualaikum~.. :)

Hai mentang-mentang dah start update blog, asyik nak menaippp je kerja ye? bila dah stop. berbulan-bulan lah pulak. =P.  Err kenapa cakap macam tu?? Sebab sekarang dah pukul 12:58 AM!!

Weyh! kenapa tak tido lagi?? *sambil tutup mata*

sebabbbbb.... TAK BOLEH TIDUR!!! aiyooo

serangan tak boleh tidur kembali lagi *macam cerita kanak2 bersiri pulak*. dan yang peliknya bila tak boleh tidur, rasa macam nak minum nescafe lagi *padahal dah bantai satu cawan tadi =_='*

So disebabkan tak boleh tidur, tangan ni dengan gatalnya menekan ikon google dan meng'Klik' bookmark blogspot.

hasilnya??jeng jeng jeng! Here I am :P. Kali ini tidak akan ada perkataan 'stop merepek' sebab memang nak merepek pom. hahaha.

Tadi sedang tengok-tengok entri yang lepas-lepas, tetibe terpandang satu entri. nak baca? klik SINI. Then cuba korang pergi soalan no 5 *macam nak suruh budak2 bukak buku sekolah la pulak*. Soalan apa nak dibuat jika diberi pulang ke masa lampau. And I answered 'the time I choose my degree course'

Nak tahu tak kenapa malam ni tetibe je nak cakap pasal ni? sebab Surprisingly, my answer changed!! I will never go back for that time. Why? because I know, if I wont be in this course, I will never meet my friends, my lecturers and most important, I will never had the most valuable experience I have today.

Seriously, sepanjang 5 semester, macam -macam perkara baru telah dipelajari. Am I changed? Well maybe a little bit.So that's why I will never regret to be in this program.

Tapi apa pun, Insyaallah kalau diberi rezeki dan kesempatan, I will not continue my study in this program. Bukan sebab tak suka, tak ada masa depan. NO!!! tapi sebab nak mencari ilmu baru dan mengejar impian yang disimpan di hati ni dari kecil lagi..

Impian ape???? errr secretlah dulu! hehe *malu-malu*. Tapi apa pun semoga impian ni tercapai. Aminn

Bebel punya bebel, tetibe rasa mengantuk . Oke readers, thanks sebab sudi membaca, anyway, good night :)

p/s: May my dream come true.. :) sleep tight :)


sweet dream,

Salam Maal Hijrah 1434 :)


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434 :)

Huhu sehat? sorry lama tak update *perasan hot*. sibuklah *yela kan* hehe. eh3.. jap. jap nak tanya ni. Ade perasan pape tak? haaa?? TAK??

:(:( sobs *sedih *

laaa ni dah update siap dengan header and background baru lagi. hehe. What do you think? nice? not? Anyway header tu handmade by me and Picasa. :P.

Header baru sudah disiapkan. Background baru pom sudah ditukar. Bagaimana dengan azam baru? Tahun (1433h) sudah berlalu meninggalkan kita. Macam mana dengan azam ? bukan Encik Azam ye.. ni azam baru setiap kali masuk tahun baru. Tertunaikah azam kita? Atau azam tu kita kene transfer ke tahun ini? *hehe macam transfer duit pulak*.

Jika diperhatikan setiap kali tahun baru masihi (bulan 12) mesti disambut dengan meriah. Macam-macam bunga api dilepaskan.

DEBAM!!!  DEBOM!!!  DEBAM!!!  DEBOM!!!

Tapi bila tiba tahun Hijrah, apa yang berlaku? Semua orang bercuti dan berjalan-jalan. Bukan bermaksud nak menyambut dengan bunga api. Tapi ada tak dikalangan kita menyambut Maal Hijrah dengan bacaan-bacaan Al-Quraanul Karim? Selawat? Zikir? Jika ada, Alhamdulillah

Setiap tahun kita sentiasa mendoakan agar tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Namun, peringatan  sesama kita  ye, perkara tersebut tak akan berlaku sekiranya kita tidak berusaha ke arah itu.

Allah Maha Besar. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Mengetahui.

Sama-samalah kita berusaha menjadi hambaNYA yang lebih baik, lebih beriman dan bertaqwa kepadaNYA

Hidup ini singkat. Bila-bila pun kita boleh dijemputNYA. Tidak kira tua atau muda. Jom kita bersama-sama mengejar CINTANYA.

p/s: Ini semua peringatan. Sama-sama kita saling mengingatkan. :) Salam Maal Hijrah.

Saturday, October 27, 2012

YUM3

Asslamulaikum semua

fuhh dah lama xupdate. sehat? demam? selseseemaaa?? hehehe

oke apepom, cik belog nk ucapkn selamat hari raya aidil adha!

huhu oleh disebabkan kesibokkan yang amat, blog ni da jadi hidup segan mati xmahu *err betol ke?*

hahaha. oke whatever it is, dlm kesibokn ni.. buat proposal sampai nk juling mata akhirnya dpt gak

beraya kat rumah..  and bak kata diri, bila kat rumah, makan telur dadar pom sedddaaapp :D

hahahaha. oke then. check what i cook to my housemate, and friends. special from me.





PUDING KOKTEL YUM3... jemput makan :):)

P/s : mood yang baik untuk buat dessert :)

love,

Tuesday, August 21, 2012

Vanilla coklat raya!:)

Assalamualaikum semua dan selamat hari raya yang keeee.4 eh?hehe

Pagi-pagi bangun tak buat ape pun.bukak laptop pastu terpacak depan  lappy. *why?*nak tahu? sebab ....bukak je fb, tgk ade yang link kan dengan cerita vanilla coklat raya.!! hehe dari hari tu lagi cari kat tonton.my tapik tak ada..

Best gak cerita die. lebih kurang macam drama hari tu jugak. gaduh,baik,gaduh,baik. haha
Izara tetap dengan keras kepala dan amir still maintain dengan cooooooolll nya hahaha.

So girl&guys! enjoy la cerita ini Have fun! KLIK SINI


vanilla mencari coklat =P

Menjalani fasa baru :):)

salam semua, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke3.hehe

Alhamdulillah semua program berjalan lancar. Beraya di rumah-rumah saudara. Kunjung mengunjungi sesama kita, bertanya khabar, menerima duit raya *boleytak boleytak?* haha. Dah besar siapa la sangat nak bagi duit raya.

Korang amacam raya?best? ketupat? rendang? nasi impit?nasi minyak? nasi arab? beskut raya? ehehe. Banyak makan tak?? Sebut makan-makan ni, cik belog nak la share sedikit cerita.hehe. Cerita majlis makan-makan.=P

Oke  dah cukup merapu merepek. Cerita makan -makan ni biasa berkaitan dengan majlis kahwin, majlis tunang. Ni baru mukaddimah je baru, tak masuk tajuk lagi. Fasa baru? So, ape kaitan fasa baru dengan makan-makan *penim2* Alhamdulillah fasa baru ni iaitu bergelar tunang orang. *ha???* hehe..Majlis pun dah selamat diadakan dengan cara meriah, sederhana dan dengan gembiranya.

Keluarga belah sana pun ramai datang. Memang cukup meriah.  Dengan pakaian sedondon warna putih krim, pada 3 Syawal 1433H, bersamaan 21 ogos 2012 selamat sudah bergelar tunang orang.:)

-
-
-
-
-
-




eh3.. lupa plak nak bagitahu, bukan cik belog yang tunang tapi kawan cik belog! ekeke..:):) jangan marahhhh

So dear my lovely bestfriend, Congratulation for the pertunangan ceremony. Selamat menjalani fasa baru, sebagai tunang orang. Jaga diri. Semoga berbahagia. :):)

p/s: happy tengok kawan happy :)

love,

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamualaikum semua,

sehat ke??oke tak nak post banyak-banyak.
kat sini sape2 yang kenal owner blog ni *uhuk3*
owner blog ni nak memohon maaf sekiranya



TERKASAR BAHASA
TERSILAP BICARA
TERSASUL KATA
TERTAMPAR KAT MANA-MANA
TERMARAH DENGAN SENGAJA ATAU TIDAK *bolehtak boleh tak?*
TERUMPAT KAT MANA-MANA
TERBUAT DOSA KAT SAPA2..

kerana

SAYA MANUSIA BIASA, SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN

so,

HARI RAYA AIDILFITRI  MAAF ZAHIR BATIN 


love,


Friday, August 17, 2012

Officially end my Internship Programme :)


Assalamualaikum semua..
Lama dah tak update belog ni kan? Alhamdulillah akhirnya berjaya menamatkan program latihan industri (praktikal ) dengan bahagianya! hehe *mood:bahagia*

Firstly, nak mintak maaflah sebab tak dapat nak update aktiviti seperti yang diberitahu. Terlalu sibuk dengan program yang dijalankan. hehe..

Oke LI kat sana memanglah sangat seronok. Staf-staf yang mesra, sangat mengambil berat, kelakar pulak tu buat kiteorang rasa sedih sangat nak tinggalkan TUMEC.

Especially our beloved penyelia LI cik ummi @kak Ummi. Dia sangatlah membantu, tolong kiteorang sampai dah jadi macam kawan. Malam2 kadang2 borak sama2. Pergi makan and almost everyday she take us to bazar. Soooooo nice kan? mana nak dapat penyelia macam tu? hehe

Dahlatu, banyak pulak negeri yang kami jelajah. Perak, Johor, Penang. Perak ngn johor tu dah 2 kali pergi. Okelah tu.. pengalaman sangat bezz rasa macam tak cukup lah pulak praktikal 2 bulan je.. * ehehe*

Tak apelah yang penting pengalaman yang dapat tu disimpan sampi bila-bila..
Yang pasti memang bersyukur dapat praktikal kat sini! seyez!




love,

Monday, June 25, 2012

Day1: Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC)

Assalamualaikum semua!:)

Hai ..Waaaaa cepatnya masa berlalu, dan nak start dah LI. *tak habis merasa cuti*. finally and at last sampai jugak kiteorang kat sini. Nak sampai sini tu macam2 cerita ada. Oh ya! datang sini dengan kawan*secourse* and drive sendiri sebab family xdapat nak hantar. Sadis tak?? :(


Okelah,  nak dijadikan cerita, pagi ahad tu kami berazam dan bertekad na bertolak waktu pagi *konon, pagi la sangat*. Tapi, dah la terlambat bangun*sebab malam sebelum tu baru berkemas* lepas tu banyak pulak pit stop. 

Pagi tu susun barang dan masukkan dalam kereta. Tahu tak? Barang untuk dua orang, penuh belakang dan bonet *ekekeke* banyak nak mati! Lepas tu bermulalah perjalanan kami *ececeh!*. Mula-mulanya perg la umah kawan dekat Losong ni sebab nak hantar motor. Sampai kat sana duduk-duduk jap, borak, tak tahu la pulak mak dia masak dah untuk tengahari. kami pun terkesima! *eceh! padahal suka je makan free* hahaha.. Selepas makan free segala bagai, kami pun memulakan perjalanan pergi Rantau Abang.

Sampai je dekat bandar Kuala Terengganu, tetibe *kring`kring* kawan kol. Dia dah sampai kat Rantau Abang. Kami dapat berita, barang dapur kat sana rosak. Periuk berlubang, kuali berkarat! Weyh! budak dulu makan nasi ke makan ape ha? adui.. terpaksalah kami patah balik untuk amik segala jenis barang. Yela nak beli membazir kot.. Lepas patah balik, amik barang.. bertolak la *lagi sekali* ke Rantau Abang. Mengantuk woo bawak kete. Dah la penat, nak suruh kawan bawak pom kesian.. dia lagi penat *sebab baru sampai dari Pahang *

Sesudah menahan mata selama 1jam setengah, sampai la kami kat TUMEC! hahaha. AKHIRNYA!


*Ini galeri, kat blkg ada kuarters. situlah kami tinggal!*opps 
Sumber:mr.google

Makanya berkemaslah kami pada petang itu. Malam kuar pergi bandar Dungun, beli keperluan sikit dan sambung kemas dapor malam tu! *penat @_@*

well First day is nothing, duduk2 sembang, buat perancangn aktiviti apa nak buat sepanjang 8minggu Li. eh, Lupa nak gitau.. hehehe 2-4 ni pergi PULAU REDANG!!!! hahaha bestnya... xsabar2. Tapi hari first pon dah dapat assignmengt woo..~ dugong and whale! hehehe

p/s: update dalam waktu kerja! hehehe.. ngah tunggu kol 9pg ni. ada lecture daeri ketua pusat!

love,xoxo

Thursday, June 21, 2012

COoool BlOOooogg yummyyyy!!!!


Assalamualaikum semua.. :)
 How's ur day? good? bad?  mine? erm nothing much. Just a normal day with normal thing. Today i went to town, accompany my lil brother buy his new spectacles.

Then buy shoes for my practical day, a few my beauty accessories and lastly went to saloon. My lil brother got his hair cut while i'm waiting for him, i give pampered my hair. hahaha.

What a relieve. But ada satu benda that i wasn't satisfied with that saloon...

1) The owner do it but she didn't wash my hair carefully. Means the soap are not fully washed
2) didn't massage at my forehead area
3) Use the small comb which hurt my head.

Whatever it is there is one thing i love today. That is ....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


my favorite COOOOOLLLLLL BLooOOOooooooGGGGG yummy!!!!!




Paling best minum yang oreo punya!  tak kisahlah vanila atau coklat.. as long as oreo! hahahaha... xde gambar oreo sebab dah minum tak ingat dunia! hahaha

love oreo blog, :)

Wednesday, June 20, 2012

hey! im back! :)

Assalamualaikum semuaaaaaa....
hai hai.. huhu lama sangaaaattt dah tak buka dan tak update blog. Last update bulan disember 2011 ! what!! 2011?? now 2012 la! wuu lama tu.. 

Sooryyy sangat lama tak update *eceh budget ramai nak baca la belog ni* sesungguhnya memang sangaat sibuk. Alhamdulillah now  sedang menggoyang kaki menikmati cuti sem * walaupun cuma 6 hari je*wuu sedih tau..

Tapi dalam sedih2 tu sekarang dah rasa lega sebab dah setel final year project and ni tengah excited nak ber LI/ praktikal kat Pusat Penyu dan Ekosistem Marin kat Rantau Abang. huhu. Excited ni sebab pada waktu praktikal tu, waktu penyu bertelur and kami kene ronda pada waktu malam untuk tengok sekiranya ada penyu bertelur. Kalau tak silap penyu jenis agar dan belimbing tapi, belimbing ni susah nak jumpa. 

Kedua-dua ni dah setel jadi memang lega.. tapi bermulanya penyeksaan  bila nak kene baca journal yang berbagai-bagai ayat tu adess.

Insyaallah lepas ni akan sentiasa update sebab nak kongsi dengan korang pengalaman LI ni. Macam menarik tapi tak tahu lah macam mana.


So have a nicee short holiday to all my colleague and enjoy!
p/s: lapar. nak makan sat. Have you had your dinner? :)


Glad to be back :),


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...