Thursday, December 15, 2011

Die datang lagi! S...ss

Assalamualaikum.

What a day! tu je yang cik belog boley cakap. hurm. Kerja melambak dengan 3 test, assignment group, individual, Group case study, presentation english, and take home test! semuanya this week and next week. the other week dah study week. ARGGGH!

Dah tu next week banyak pulak kelas ganti.. stress! serious! stress dengan kerja!
Tapi cik belog tak kan biar stress menguasai diri (dengan gaya samurai.. err xde kaitan oke) * ecece*

*source : Google*

Bukan cik belog je yang stress.. housemate pom sama. haha.. Salah satu ubat terbaik untuk redakan stress adalah KETAWA @ LAUGHING! kenapa cik belog kata REDA stress dan bukan HILANG stress?

SEBAB.. stress tak akan pernah hilang dari hidup ini. My lecturer kata " Stress tu elok.. membantu awak. dan awak kene mula stress sebab nanti bila masuk alam kerja, lagi stress.. tengok macam saya.. sangat stress" (En. Farid, 2011). *patotlah rambut En. dah ada uban hehe*

So oleh itu Cik belog rasa tak perlulah cik belog nak pening2 fikir sal kerja melambak. relax and buat kerja ikut priority. kan3?? :)

Eh2.. berbalik kepada nak redakan stress.. tadi cik belog and housemate ketawa besar! haha.. kat rumah ini ada kucing. Nama dye momo. dan ada anak 2 ekor (baru lahir lagi and si momo ni tak habis pantang lagi hahaha). nama Bimo and Bomo. haha.. Tadik kami makan ayam, si momo ni asyik ikut kiteorang jer. 

* anak momo muka lebey kurang gini la.. (source: google)*

So Cik housemate ni dye geram dengan momo.. die bawak ayam tu kehulu kehilir. haha.. lari2 anak pulak tu.. momo ikot jer.. Kami lari, dye lari. kami jalan dye jalan. hahaha



Yang tak boleh tahan tu time kiteorang pura-pura campak ayam kat luar rumah, momo tak nak. bila kami kuar rumah baru die kuar. Momo ni memang cerdik bab makan. haha..

Apepom terima kasih momo sebab buat kami pusing2 dalam  rumah * dah ala2 jogging dah* haha...

Lagi satu cara adalah ini..

*source : google*


MAKAN ICE CREAM! hehe.. tapik feberet cik belog walls vanilla. atau pom vanilla +raspberry hurmm sedap! yummy! makan dengan roti bersama housematesss.. hehe lepas tu tengok citer and gelak!

haha..korang plak?

till then, bye :)

Stresssss,

Sunday, December 11, 2011

Bersawang!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
 Jawab jangan tak jawab. hehe.. lama sudah cik belog tak berbelog *ecece!* Sibuk sangat lah sangat mengalahkan TNC dan PM *hiperbola* tapik semua tu memang betol sangatlah banyak kerja.

Kuiz, test, assignment, esemen, dan etc. Hish dan2 nak dekat final lah banyak kerja yang datang.. tak paham. tak paham. alohai!

Kali ni entri tak cakap banyak. Cuma sesaje nak menjenguk belog yang makin lama bersawang. hehe Macam nak kene tukar je nama ni. Belog BerSAWANG! haha

oke2. tak mau merepek. baru sudah buat test. Ini yang tak berapa nak betol ni.
Apepom doakan cik belog mampu menyiapkan semua kerja mengikut dateline. lau tak cik belog pulak yang dead! hehe

p/s : Thanx tok semua yang visit cik belog. Really appreciate it!thanx guys!

mood: stress tapik masih terkawal hehe,


Monday, November 14, 2011

Which am I? Which are you?

Assalamualaikum dear reader,

What a busy day! a busy week. :) tapi masih mampu senyum * senyum adalah sedekah.*
Kali ni tak ada apa sangat pun nak cakap.. just wanna share some quotes menarik perhatian yang digoogle oleh Cik belog. :)

Lets do some thinking exercise. Just for us to thought. *sebab tu tittle agak skema haha* . Try fikir yang mana satu kita? Muhasabah .. :)

 *strengthen,prayer,encourage*



 *do you think you are perfect? Me? I'm not perfect*

I don't expect people to be perfect as I am not perfect too. Not perfect friends perfecting the other not perfect friend.



 * :( *

This quote really related to me.. I know i'm too depending on my friends, him to live, to do anything. And now i feel i just troubling my friends and him too. I need to depend on myself. I need to! I have to!.. Because once i'm too depend on my people, i going to love them, make them part of my life. And when they hurt me, its too hurting and too hard for me to take. Every person does not perfect. Me too. Fighting, misunderstanding is normal in relationship.It going to make us become more closer if we know how to handle it. But if not, ....


*i hope they and him are meant for me*

And hoping that all people around me is the best and meant for me. Friends for me always. Love for me always. Aminn.

P/s: If you have another opinion, please do share with me. :)
not perfect person,

Wednesday, November 9, 2011

Hold My Hands!

Assalamualaikum..

just wanna share a sentence that i quote from my beloved housemate. Siti Nadiyah, 2011.

Friendship is a DELICATE GLASS. Once broken it can be FIXED OUT 
but there always will be CRACKS..

I used to feel hurt almost 6 years ago. We fixed it out but we still feel the 'cracks'. The scar is always there. I already forgive her, and trying to get rid those scar, but I can't even though the scar had been there for 6 years.

So, appreciate what you have, your friends, your relationship. Take care of it. Prevention is better than cure.
Trust me. You will agree with me.

Sahabat yang baik adalah seseorang yang mengenalimu, memahami mu, 
menerima keburukan kelemahan dan kebaikan mu dengan tangan terbuka. 
Sahabat sejati adalah sahabat yang menyayangimu kerana ALLAH. 
Mendoakanmu dalam setiap doanya dan sentiasa berada dalam ingatannya walaupun jauh di mata.

Ya Allah, kau kurniakanlah kepada ku sahabat, rakan yang terbaik untuk diriku. Rapatkanlah hubungan kami. Kami bertemu kerana mu Ya Allah. Rahmatilah kami Ya Allah. Amin Ya Rabbal a'lamin...


source: google

Till next, bye!
Trust me,

Sangat Rajin!

Assalamualaikum..
hehe kenapa lah sangat rajin mengupdate belog ni?? hehe.. ni semua sebab

ASSIGNMENT!!!!!

korang pelik eh?? buat apa nak pelik? bukan ke tetibe cik belog bertukar jadi sailormoon ke.. batman ke..opss batGIRL oke! *bat bukan BAD *

Punya lah banyak assignment. Ni bukan cuti namanya.. alahai.. tapik yang membanggakan satu habuk kuman zarah pom tak buat lagi hahaha...

Frust tol.. citer soffiya dah habes.. menyesal tak tengok semalam. huhu.

okelah. nak out dulu. mula start buat esemen! *yeke??* Tak kisahlah.. janji niat nak buat ada hehe..


p/s: mood: tengah merajuk dengan adik. dye tak nak balik khamis ni..hehe *gedik ke?*biarlah.. adik cik belog.. korang ade??? hehehe * dengan muka riaknya* =P

Lazy,

Tuesday, November 8, 2011

Finally... i have it on my own

Assalamualaikum... hehe

kenapa gelak ni??pelik kan?? oke entry kali ni nak menggedik dan nak share ke'happy'ian ku ni..lau tak nak baca boleh klik X :)

hari ni tak nak cakap bnyak.. hehe .. finally..

source: google


ni lah dye myCT..biru in colour sebijik cam dalam gambar ni. :) huhu.. actually my parents risau sebab balik umah sorang-sorang malam pulak tu.. so motor ni digunakan untuk ulang alik... tapik, downpayment bayar sendiri *abes ptptn ku wuu*

cik belog mmg tak terer pom pasal motor ni.. tapik takpe, my Mr, and housemates tersayang sangat mmbantu *sayang korang lebey*

lagi 8 hari dapatlah.. Insyaallah.. Sayang lah myCT, lebih2 algi guna duit sendiri hehehe :)

p/s: kereta tak mampu.. motor jer mampu tu pom modenas. hik3... takpelah asalkan ada dari tak ada :) hurm nak bagi nama apa ae? any suggestion? ki3

tu jer... Kbai =P
till then,
excited,


Continue hari tu.. =P

Assalamualaikum!! Selamat Hari Raya Aidiladha. semua.. lama xupdate. sori :)

So macam mana korang beraya?? huhu.. daging tu makan ala kadar suda.. nanti tak pasal-pasal dapat darah tinggi. =P

well hari tu cik belog de cakap nk citer kan cm ne my hp ley pecah skrin.. alkisahnya begini.. once upon a time. *eceh* hehe malam tu pergi main basketball kat court* baru belajar main*. tengah nak tunggu geng2 lain sampai.. bam3 la bola tu.. shoot sekali.. tetibe tak tahu lah siapa yang baling tepat kene kat basikal cik belog.. *gedebang!*

maka jatuhlah beskal tu... mula- mula xmarah pom.. buat biasa jer la yela tak ada pape kan.. Sekali masa nak tengok mesej tup2.. *crack!!!*

PECAH!!!!! waaaa... sedey..

urm terpaksa baiki.. tukar skrin yg local jerk rm50

tapik kurang puas hati sbb skrin kaler dye xterang and secerah cam dulu.. tpik at least boleylah.. dr xley guna tros.. wuu * nanti beli hp baru bazir plak*

p/s: Lain kali main tu tengok kiri kanan.. parking beskal tempat yg disediakan huhu *parking tuh!*

till next, bye mmuah!

frust,







Wednesday, October 26, 2011

Assalamualaikum!...

ASSALAMUALAIKUM

HELLO!!!

HAI!!

OLA :)

MMUAHX! :)

SELAMATPAGIPETANGMALAM =P

khas untuk mak limah ,mak bedah, mak jah, jiran sebelah rumah jiran, dua pupu jiran kpd jiran, jiran bilik sebelah, jiran rumah sebelah. *opps* hehe..

kat sini saya CIK BELOG nak umumkan bahawa Im BACK * peru ke capslock??? jawapnya PERLU!!!*haha

lama sangat tak update sori mori tau sebab sekarang sangatlah busy.. insyaallah sekarang cik belog setat menulis balik .. :)

Thank tok mereka2 yang melawat cik belog.. * cik belog LAWAT korang balik tau..hehe..
Nice to meet you. :)

Sekian je mukaddimah.. nanti cik belog update lg yer..

p/s: hp pecah skrin sbb kene basikal.. kene HEMPAP basikal.. logik x??? betol ni.. nanti cik belogciter tau. :)
till next.
mmuahx!

comeback, :)

Tuesday, September 6, 2011

Harap xmati!

Salam semua! dah masuk syawal ke 8 dah kan. hurm means dah 8 hari kita beraya. Raya tu raya jugak jangan dilupa puasa 6 yer.. hihi. entry kali ni xdelah nak citer pasal raya pom. *xsempat nk updte sal raya* tapi sekarang ni saya tengah menghitung hari untuk continue rutin saya.. hehe means dah nak balik UMT. huhu.

Lagi 2 hari and then saya dah bertolak ke sana. Masuk sem 3 lah ni. Tapik tengok3 jadual tu Ya Allah subjek.. subjek ape ni.. alahai takot pom ada susah hati? lagilah! nak tahu subjek apa? ni dia


klik image tok besarkan

Haaa betol x? betol x? korang tengok yang 4jam kedit tu ada wape subjek?? 2 wooo. matilah saya!! aduh.. kenapa nak ada 2 yang 4 jam ni. sedih betol!. alahai..  Tapi nasib baik lah ada jugak berita baik sikit. nak tahu???

klik tok besar

nampak x bulat tu?? sebab ada study week. Last sem mana ada study week. hurmm hnpph.. tak apelah wish me all da best tok sem  ni.. :)

p/s: Selmat Hari raya Aidilfitri Maaf zahir batin :) dan selamat menyambung rutin anda sebb cuti dah habis hohoho!=P

sincerely =P


 

Saturday, August 20, 2011

Bila dah besar ni.. part2

hi everyone! hehe... well kali ni memang xnak cakap bnyak saya sedang sibok buat biskut badam *eceh!* so kali ni nk share gambar je.. jum2..
nyummy!







sedang syok berbaking,

Monday, August 15, 2011

Bila dah besar ni..

Uhuk2.. shuhh2.. alahai berhabuk sungguh blog ni. hehe dah lama xupdate sampai segala jenis kala jengking, cicak, lipan buaya * tipu!* ada.. ngeee. Alhamdulillah hari ni dah masuk 16 Ramadhan. maknanya dah 16 hari kita berpuasa. tak lama lagi dah nak raya. tapik yang penting, im going back there in less than a month. aduhai. Nak cuti lagi boleh? * memang nak kene pelempang je ayat*

Bila bukak facebook je macam2 post pasal raya. ada nak beli baju raya, tudung raya, beg raya.. macam2 lah. beli2 beli jugak jangan membazir dah. macam saya *eceh! perasan* Tahun ni xde baju raya , tudung raya sebab tahun ni saya cuma ada biskut raya je.! haha. Sebenarnya nak cakap bila dah besar ni tetibe pulak minat nak buat biskut * ni baru ada kaitan ngn tajuk ngee*. tak tahulah mengapa. maybe nak siapkan diri jadi perempuan sejati kot..ngeee

kalau nak tahu dulu punyalah malas nak buat ni sampai sanggup compare and gtau mak 'lagi senang buat kerja lab dari masak' hehe tapik sekarang saya nak ubah statement tu! 'lagi senang masak dari wat assignment!!!' *boleh lak compare gitu. xmasok akal kan?'

alah buat biskut senang je. lagipom bosan2 kat rumah baik cari keje * jangan cari pasal oke!* dalam minggu ni dah siap 2 jenis biskut. tapi kat sini saya share dengan korang satu jenis je. hehe.

This is my first time buat biskut. Alhmadulillah naseb baik menjadi. lau x memang nahas la. membazir je kan?






*ini sudah separuh siap*


*siap untuk dibakar! ngee*

Nak rasa?? tunggu raya oke ! :) nak buat biskut apa lagi ek??? t lah nak pikir.
p/s: sesapa ada resepi biskut cookies share lah yer! ngeee bye!


baking is fun,


Thursday, July 14, 2011

Welcome to Conservation and Management of Biodiversity

Assalamualaikum. dah lama rasanya tak bukak belog ni.. uhhh bersarang sudah. hehe. *kemas.kemas* eh hari ni hari jumaat kan? 15 julai 2011 kan??? jeng jeng!!! hari ni result dak2 matrik keluar kan? masa ni memang SCI teringat masa dpat result tu.. berdebar.

Pas tu bila dah dapat sibuk pulak nak mencari maklumat tentang course ni. So sekarang disebabkan SCI ni baik, *eceh* SCI xnak junior-junior SCI susah nak dapat maklumat so SCI tulis kat sini maklumat tentang course Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti kat Universiti Malaysia Terengganu.

Course ni diletak di bawah Jabatan Biologi Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Course ni melibatkan tentang pengurusan dan pemuliharaan. Berkaitan dengan haiwan dan juga tumbuhan

Setiap sem subjek memang berlainan. Kat bawah ni ada senarai untuk semua kursus dalam program ni. Nak bagi korang subjek tok setiap sem pom kertas tu tertinggal plak kat umah sewa. ngee lin kali lah ye?? *jangan marah*

KURSUS YANG DITAWARKAN

- Kursus Universiti

Kod KursusNama KursusKredit
SOC2000Tamadun Islam dan Tamadun Asia2 (2+0)
SOC2001Hubungan Etnik2 (2+0)
SOC2002Kenegaraan Malaysia3 (3+0)
MGM3103Asas Keusahawanan3 (3+0)
BBB3102Public Speaking3 (3+0)
BBB3101Academic Writing Skills3 (3+0)
BBB3103English for Occupational Purposes3 (3+0)
Ko-Kurikulum3 (0+3)
Jumlah kredit22


- KURSUS TERAS

Kod KursusNama KursusKredit
BIO3000Evolusi dan Biodiversiti3 (3+0)
BDV3701Pengurusan Hidupan Liar3 (2+1)
BDV3703Penilaian Sumber Biodiversiti3 (3+0)
BDV3700Biologi Pemuliharaan3 (3+0)
BIO3101Biokimia4 (3+1)
MMS3005Penderiaan Jauh dan GIS4 (2+2)
BIO3500Prinsip Ekologi4 (3+2)
BDV4801 Ekologi Lapangan2 (0+2)
BDV3502Ekosistem Tropika3 (3+0)
BDV3501 Ekologi Populasi dan Komuniti3 (2+1)
BIO3201Genetik4 (3+1)
BIO3400Mikrobiologi Asas3 (2+1)
BIO3402Mikologi3 (2+1)
BIO3001Biologi dan Kepelbagaian Tumbuhan4 (3+1)
BDV3001Biologi Invertebrata3 (2+1)
BDV3002Biologi Vertebrata3 (2+1)
BDV3000Taksonomi dan Sistematik Organisma3 (2+1)
BDV3003Biologi Pembiakan4 (3+1)
BIO3802Penulisan Saintifik dalam Biologi3 (3+0)
BIO3801Kaedah Penyelidikan dalam Biologi3 (3+0)
BDV4998Projek Ilmiah Tahun Akhir I3 (0+3)
BDV4999Projek Ilmiah Tahun Akhir II5 (0+5)
BDV4992Latihan Industri4 (0+4)
MTK3008Biostatistik3 (2+1)
MMS4000Toksikologi Sekitaran4 (2+2)
KEJ3501Polisi Sains dan Teknologi3 (3+10
Jumlah kredit87


- KURSUS ELEKTIF

Kod KursusNama KursusKredit
BIO4401Protozoologi3 (2+1)
BIO4601Pengawalatur Tumbesaran Tumbuhan3 (3+0)
BIO4101Biokimia Tumbuhan4 (3+1)
BDV4001Biologi dan Sistematik Serangga3 (2+1)
BIO4301Bioteknologi Tumbuhan3 (2+1)
BIO4602Immunologi3 (2+1)
BDV4701Etnobotani3 (3+0)
BIO4302Bioteknologi Haiwan3 (2+1)
BIO3403Virologi3 (2+1)
BIO4303Produk Semulajadi Marin3 (2+1)
BIO4201Genetik Ekologi3 (3+0)
Jumlah kredit11


Kos ni cuma melibatkan biologi *korang boleh tengok sendiri kat atas tu*

Apepom memang menyeronokkan belajar kos ni. So untuk junior-junior baru Selamat Datang dan Selamat menuntut ilmu. Belajar, niat dan buat segalanya kerana Allah.

P/s: Selamat hari nisfu Syaaban. Dan Selamat datang Ramadhan Al-mubarak. :)

senyum,

Wednesday, June 15, 2011

Dari syurga.

Cerita ini dah lama. Dah banyak kali SCI tonton. Ada satu keistimewaan dalam dialog filem ini yang buat SCI suka tengok. So SCI nak sharelah dengan korang. Korang pom maybe dah dengar banyak kali. Tapi tak tahu kenapa, hari ini terasa macam nak tulis je ayat ini. * actually dah lama nak tulis tapi selalu tangguh hehe.*

ini hanya untuk peringatan kita bersama *untuk diri ini jugak* Moga-moga diberi yang terbaik.

Ada 3 kategori jodoh

1. jodoh dari syaitan> Kamu berkenalan, berjumpa , membuat maksiat lalu menikah.
2. jodoh dari jin > kamu berkenalan, salah seorang tidak berkenan, lalu dibomohkan@sihir lalu menikah
3. jodoh DARI SYURGA :: Kamu berpandangan, menusuk ke kalbu, lalu dipinangnya gadis tersebut dan gadis tersebut menerima pinangan, Dan menikah.




Yang mana satukah kategori kita? sama-sama kita renungkan dan berdoa agar kita tergolong dalam kategori ke3. AMINN.. :)

Friday, June 3, 2011

CNes,Fiona,K.a,Mama, :)

1. Plan hari ni?
habeskan hari dengan mendownload shinchan dan baby faced beauty. :)

2. Lagu yang anda dengar sekarang?
Lagu soundtrack babyfaced beauty & air supply *agak klasik di situ*

3. Apakah yang bkal berlaku/sedang berlaku membuat anda bahagia?
Tetibe ada orang bagi hadiah canon EOS1100D

4. Apakah perkara yang anda malas sangat nak fikir atau peduli?
Benda bodoh dan perkara yang memalukan yang tlh sy buat :(

5. Jika anda diberi peluang ulang balik masa lampau, bila agaknya?
Waktu memilih coz untuk sambung degree.

6. Adakah anda sedang jealous dengan seseorang?
Ya. Pasti!

7. Siapa yang anda rindu sekarang?
Kawan-kawan di matrik, high skool and.. cik teddy bear :)

8. Apa yang buat anda gelak guling-guling sampai keluar air mta?
Tengok talk show happy together, lets go!dream team.

9. Jika bukan kerja/coz yang anda ambik sekarang, apakah cita-cita sebenar anda?
ambik degree in english literature ataupom jadi coffee house owner*kalu bnyak duitlah!*

10. When your first couple?
Nak tipu ke betol-betol? oke masa tahun 2008 maybe. *hehe*

11.Sebut tiga ciri lelaki yang anda cari
-understanding
-ada pengetahuan agama
-kelakar.

12.Apa tiga benda paling penting dalam relationship?
-Trust
-tolerance
-honest

13. Siapakah orang pertama yang anda cari bila ada masalah?
cik Tedy bear. :)

14. Duit atau IC lagi penting?
sama je penting. Tak de duit, xleh buat IC baru.. Tak de Ic, kena tangkap. Pendatang tanpa izin :)

15.Anda lebih suka orang hadiahkan anda teddy bear or chocholate?
satu teddy dah cukup. so choclate. :)

16. Siapa yang anda nak tag untukbuat kuiz ni? (8 orang)
-Araini Elhana
-Risnayati Lammu
-Amirah asri
-Nur Aisyah muhammad
-Rosni Rashid
-Syeeda Syahida
-Zarin sofea
-Rahimah

p/s: entry tu letak nickname korang masa sekolah menengah :) selamat menjawab!

Si Baby faced Beauty!

Cuti.. cuti .. quite boring tapi tak apelah. So cuti ni SCI rasa macam dah kene balik korean drama addiction. Yeap! dulu memang sangat gilakan korean drama. But since dah masuk uni, I stop for a while sebab SCI akan ada penyakit yang pelik. *asenye semua orang pom ada penyakit ni* Kalu dah tengok.. kena tunggu sampai habis. Kalau tak , tak senang duduk. hehe.

Oke dah. cukup. Actually nak share sikit . Pernah tengok tak cerita ni, Baby faced beauty.


well what a nice drama. best tau. Memang betol-betol baby faced. Siapa sangka jang nara actually dah 31 but rupa dye macam budak-budak.

Kalau korang nak tengok cerita ni, boleh pergi klik kat sini.

addicted,
fionanis

Saturday, May 28, 2011

Bir arab@ Barbican HARAM!!!

Hari ni masa baca metro, terkejut SCI bila tengok tajuk Bir halal jadi haram. Mula-mula SCI tak tahulah air ape tu? bila diselidik rupanya air bir halal ni *sekarang dah ex-halal* ni bir arab tau sesetengah orang panggil Barbican.

Nah tengok ni lau korang rasa tak kenal macam mana rupanya.


sumber : en.google

Ni pulak gambar tuk korang perhatikan betol-betol.


sumber: en google


sumber: en.google jugak

Mengikut apa yang SCI baca, air tu mengandungi 0.5% alkohol , iaitu melebihi alkohol yang dibenarkan oleh syariat islam yang mana hanya 0.01% dalam makanan atau minuman . Menurutnya 0.01% akohol tu akan terjadi dengan sendirinya dan jika lebih memang tak halal lah. *ini ikut apa yang SCI paham lah*

Baru SCI ingat pernah gak tengok kawan-kawan SCI minum air tu. Boleh beli dekat kedai makan lagi. Ish2.. nape la jadi macam ni. Sesuka hati jer nak jual benda tu. Nak salahkan pengguna pum tak boleh sebab dieorang dengar si jual kata halal. Nak salahkan si jual pulak, mesti yang pembekal bagitahu halal. Betol tak??

Makanan halal haram ni sekarang memang susah nak dipastikan betol-betol. Ada tu barang punyalah cop halal tapi sebenarnya haram. Macam mana nak jaga makan minum betol-betol.
So kalau ada sape-sape yang nampak botol ni, janganlah minum yer.

Untuk kebaikan sendiri. Yang dah pernah minum tak apelah nak buat macam mana.. tak tahu waktu tu, sekarang dah tahu masing-masing jaga ye.


P/s: setitik arak bersamaan 40 hari amalan tidak diterima kecuali bertaubat nasuha.

berjaga-jaga,sentiasa ingat mengingati,
fionanis :)

Cara nak letak cursor dalam belog

salam!hai ! Agak lama jugak SCI x post dalam belog ni. Bukan sibuk tapi agak malas *sebab tak ada topik nak tulis* hehe.. Tapi tiba2 je SCI menjadi sangat rajin dan nak buat tutorial. ni first time tutorial. tak de pandai sangat. ni pom belajar dari orang lain.

Untuk my first tutorial ni, SCI nak share cara nak letak cursor kat dalam belog.

1. Well first sekali korang boleh pilih yang mana satu cursor yang korang suka. Cursor ni boleh pilih kat http://www.cursors-4u.com/.


2. Then korang akan jumpa macam2-macam kategori. Pilih kategori Pointer atau yang mana-mana korang suka.




3. Lepas tu copy code untuk cursor tu.


4. Then korang pergi kat Design > Add Gadget > HTML and pastekan code tu kat situ. Tapi jangan save dulu sebab korang kene buang beberapa ayat kat code tu. Ni contohnya.




5. Then dye akan jadi macam ni selepas dibuang





6. Then korang boleh tekan SAVE and lihat hasilnya.

Selamat mencuba! :)

p/s: sorry lah kalau ada kekurangan. ni first time buat tutorial. Korang bagilah feedback yea? thnx :)

try something new
fionanis :)

Tuesday, May 24, 2011

Sayang KMPh!

Baru-baru ni SCI (si coklat itam) tahu keputusan matrikulasi dah pun keluar. Waahhh teringat pulak tyme SCI dpat tawaran hampir 3tahun lepas. Mula-mula memang takut, takot sangat sebab dengar ramai orang cakap matrikulasi ni susah.

Well memang tak dinafikan susah tapi, bagi SCI, memori kat KMPh adalah memoori palinggg indah. Walaupom dah tinggalkan matrik tu hampir setahun, but still rindu kat KMPh.


*my beloved kmph*

Kalau di ikutkan lagi best daripada U . Ni bukan bermaksud Uni tak best. Mungkin sebab kat kolej tulah SCI belajar berdikari, tinggal jauh dari keluarga. Pertama kali tu.. *memang betol2 first tyme.*

SCI dapat tawaran PDT (program dua tahun). Masih ingat bila bersama 1D02 dna 4H19 dengan Cikgu Hajar yang kecik molek, Cikgu Nazrul Amir, Madam Has, Cikgu Razanah, Cikgu Zamanhuri, masa PST plak Madam Tor, Miss Wani, and rmai lagi.. cikgu kimia, bio fizik agama dinamika, ko-k semua SCI suka, sayang.. sebab merekalah SCI sekarang kat sini. *ceh jiwa plak*

Kawan plak memang ramai . And Alhamdulillah maseh ada kawan matrik satu uni dengan SCI. Tapi kat sinilah SCI jumpa Fatin najieha dan Siti Asiah ..mereka memang my kwan palinggg rapat sekali. Semua seksa hepi die tahu. Sampai SCI punya tabiat pom die dah boleh paham dah. haha.

Tak lupa pada nadie, nadila, ayu, yuyu, mira, asiah, mia, are2, phea and rosni .. Korang memang best!! Dieorang ajar SCI cara hidup jauh dari keluarga. Asi, budak paling cool .tenang je. haha SCI memang rindu awk and kawan yang lain-lain.

Asrama pulak memang syokkk sanagt kat matrik lau nak di bandingkan dengan uni. besar gilerr... hehe. Ada own space. best. memang best sangat. Dua tahun tinggal kat blok B2 cuma beza tingkat je. Tapi dua tahun bilik mesti tepi tangga.. haha. Sampailah sekarang kat uni pom maseh sama.

So, bagi adik2 yang nak masuk Kolej Matrikulasi tak kisahlah matrik mana pun *especially KMPh* good luck! Enjoy your life there. Kalau korang pandai nak bahagi masa trust me korang tak kan stress. *tapi lau masa exam tak stress tipulah hahaha*

Life masa Matrik is the best!!!! :) *sampai sekarang tetap windu matrik*


*Asi n me*





*kenangan 1D02*


*sweet 4H19*







sayang matrik :)
fionanis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...